Berita tergempar, hari ini Berahing Ali dah bagi warning kat PAS bahawa tanpa bantuan daripada si Berahing Ali, PAS takkan menang pilihanraya umum 2004. Mungkin PAS tawan Kelantan atas 'jasa' besar daripada Berahing Ali juga kot. Bak kata Ibrahim Ali, PERKOASA kuasa penentu kemenangan parti dalam PRU13 nanti. ha ha. Aku nak tengok semua katak bertanding Semula Nanti. Tengok lah bagaimana nanti Ibrahim Ali tanding.
Justeru kata Ibrahim(gambar), pada pilihan raya umum 2004, PAS mendakwa akan menang besar di Kelantan tetapi hanya dapat mengekalkan kerajaan negeri dengan perbezaan dua kerusi hasil bantuannya.“Tapi nyawa ikan dengan majoriti dua kerusi (Dewan Undangan Negeri) DUN . . . nasib baik saya bantu dengan bertanding bebas... pilihan raya umum 2008, PAS tidak tahu akan berlaku tsunami politik. Kalau PAS tahu, pasti PAS tidak beri laluan kepada saya,” kata beliau lagi.
Ini semua kerana kemenangan Parti ditentukan oleh PERKASA. ha ha. Lawaknya. Merekanya kuasa penentu lah. Bak kata Berahing Ali ni, kalau mereka sokong PR, PR menang.. kalau mereka Sokong BN, BN lah memang. Berpengaruhnya PERKASA ni.. Berapaa Ramai agaknya ahli PERKASA Ni?
Kalau perkasa penentu kemenangan parti menjelang PRU 13, confirm lah Pakatan Rakyat Kalah besar beb... macam biasa lah. ha ha. Berahing Ali kan Lelaki Popular di Malaysia!Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali memberi amaran bahawa anggota pertubuhan itu tidak akan memberi sokongan kepada wakil rakyat tertentu yang dianggap sering membuat kenyataan mengguris perasaan golongan Melayu.