19 October 2011

Hott...Perbezaan Harga Minyak Malaysia dan Dunia


Malaysia adalah pengeluar minyak dunia tapi mempunyai minyak yang agak mahal. tetapi ironinya, media arus perdana asyik membandingkan harga minyak negara kita dengan negara jiran yang bukannya pengeluar minyak. Mungkin tindakan ini adalah untuk mengaburi mata rakyat bahawa minyak negara kita lebih murah berbanding negara jiran seperti Thailand dan Singapore. Kena ingat bahawa Malaysia adalah pengeluar minyak. Negara jiran bukannya pengeluar minyak.
Kenapa tidak bandingkan Harga minyak tersebut dengan Negara jiran Brunei dan negara-negara pengeluar minyak? analoginya mudah sahaja, harga bawang di Malaysia takkan sama dengan harga bawang di India sebab India pengeluar bawang dan Malaysia pengimport bawang. Tentulah harga bawang di negara pengeluar murah. Fikir-fikir kan lah.