Menurutnya, pada masa sama beliau membidas pihak-pihak yang mengecam penganjuran festival ini terutamanya mereka yang berterusan menghina penganjur dan individu yang menyokongnya.
Katanya lagi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagaimanapun secara tegas tidak menyokong penganjuran program berkenaan kerana ajaran Islam mahupun agama-agama lain jelas dalam isu ini,
"Kenapa kita nak menghukum mereka di atas hal-hal yang mereka tidak sebut? Kita bantah cara kumpulan berkenaan (LGBT) dimalukan dan dihina."
"Pendekatan kita sebaiknya mendekati dan memberi penjelasan kepada mereka, tapi bukannya dengan mencerca," katanya di lobi Parlimen di sini semalam.
Ditanya mengenai penglibatan Pengerusi bersih 2.0, Datuk S Ambiga yang didakwa merasmikan festival ini, Anwar mempersoalkan kenapa Ambiga dilayan seperti penjenayah.
"Tapi kenapa serang dan layan Ambiga seperti penjenayah? Sokong ataupun tidak bukan lagi isu, tapi isunya ialah serangan kepada golongan LGBT," katanya.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut mendakwa, liputan yang keterlaluan oleh media
tertentu berkaitan program sebenarnya bertujuan menutup kelemahan dan masalah lain yang berlaku dalam negara.
"Ini semua sengaja dibuat bagi menutup permasalahan lain. Nak alih pandangan daripada isu-isu besar yang lain.
"Jadi kita amat bimbang kerana ia mungkin akan mendorong golongan yang membantah untuk menyerang kumpulan ini," katanya.
Pihak polis sebelum ini mengharamkan semua aktiviti dalam program Seksualiti Merdeka 2011 yang didakwa dianjurkan bagi mempromosikan kesaksamaan gender serta mengiktiraf pengamal seks songsang termasuk yang diadakan secara tertutup berikutan bantahan pelbagai pihak.
Malah pihak polis turut mengambil keterangan empat individu termasuk bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga bagi membantu siasatan.
Ambiga sebelum ini turut mengesahkan bersetuju merasmikan program itu hari ini (Rabu) atas kapasiti peribadi. SH
kahkahkah ...
kahkahkah ...
kahkahkah ...
cuba perhatikan pengakuan PKR sendiri ...
" Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagaimanapun secara tegas tidak menyokong penganjuran program berkenaan kerana ajaran Islam mahupun agama-agama lain jelas dalam isu ini, "
DSAI sudah mengakui bahawa PKR memang tidak menyokong gejala seks sonsang yang diperjuangkan oleh LGBT ...
kemudian ayat kedua ...
" Kenapa kita nak menghukum mereka di atas hal-hal yang mereka tidak sebut? Kita bantah cara kumpulan berkenaan (LGBT) dimalukan dan dihina."
dalam ayat di atas, apa yang DSAI cuba terangkan ialah tentangan terhadap kumpulan LGBT begitu keterlaluan. DSAI tidak bersetuju kaedah penghinaan yang diambil oleh sesetengah pihak dalam menangani isu ini.
bersambung ayat ketiga ...
" Pendekatan kita sebaiknya mendekati dan memberi penjelasan kepada mereka, tapi bukannya dengan mencerca," katanya di lobi Parlimen di sini semalam."
di sini, jelas terserlah keikhlasan dan kebijaksanaan PKR dalam menangani isu ini, iaitu dengan kaedah mendekati golongan berkenaan untuk memberi penjelasan, atau dengan kata lain kaedah RUNDINGAN.
ayat keempat ...
" Tapi kenapa serang dan layan Ambiga seperti penjenayah? Sokong ataupun tidak bukan lagi isu, tapi isunya ialah serangan kepada golongan LGBT," katanya."
walaupun saya sendiri membantah program tersebut, tapi saya masih tidak setuju dengan tindakan yang diambil oleh sesetengah pihak dalam menangani isu ini. Sila gunakan saluran yang betul dalam menangani masalah ini, iaitu saluran Undang-Undang, bukannya melalui cacian dan makian.
ayat kelima
" Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut mendakwa, liputan yang keterlaluan oleh media tertentu berkaitan program sebenarnya bertujuan menutup kelemahan dan masalah lain yang berlaku dalam negara."
untuk pengetahuan anda, seksualiti merdeka sudahpun bermula sejak tahun 2008 lagi. yang menjadi misteri ialah mengapa hanya pada tahun ini diharamkan? Apakah sudah menjadi budaya Pentadbiran Umno BN yang akan hanya bertindak bila rakyat kebanyakan mula menunjukkan bantahan atau lebih malang jika ianya membabitkan individu atau pihak yang tidak seiringan dengan Umno BN?
adakah isu ini digunakan untuk menutupi isu peruntukan RM 426.5 juta untuk parlimen pakatan?
ataupun isu penipuan najib mengenai lembu yang dikorbankan semasa Hari Raya Aidiladha?
atau mungkin isu ternakan Lembu shahrizat anak beranak?
atau isu penyelewengan yang jelas dalam Laporan Audit 2010? dan disini.
kahkahkah ...
kahkahkah ...
kahkahkah ...
memang amat pelik kan ??
DISAAT ANAK MAHATHIR MENYATAKAN PENDIRIAN TEGASNYA MENYOKONG SEKSUALITI MERDEKA, TIADA SEORANG PUN DALAM KALANGAN MEDIA PRO KERAJAAN MENYIARKAN BERITA TERSEBUT.
" Saya berada di sini sebagai seorang penyokong sebab dua tahun lalu saya telah merasmikan Seksualiti Merdeka tanpa sebarang insiden,” katanya.
Marina menjelaskan program itu bukan bertujuan menggalakkan seks bebas tetapi untuk membantu kumpulan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan traansgender) yang dipinggirkan memahami hak mereka dalam lingkungan undang-undang. "
seterusnya, mari kita kaji berkenaan isu perundangan Islam antara Malaysia dan Brunei ...
PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam menegaskan UMNO tidak pernah menolak hudud kerana ia sebahagian daripada hukum syarak, tetapi berpendapat pelaksanaannya masih belum sesuai.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, penjelasan dan pemahaman mendalam mengenai hukum Hudud perlu diperluaskan kepada masyarakat Malaysia terlebih dulu sebelum ia dipertimbangkan untuk dilaksanakan.
"Ini adalah pendirian kita sejak dulu. Sebagai seorang Islam, kita tidak menolak hukum Hudud kerana ia jelas adalah hukum syarak tetapi dari segi pelaksanaannya, saya percaya ia belum sampai masanya untuk dilaksanakan.
"Malaysia adalah negara berbilang kaum dan agama, jadi pemahaman (mengenai hukum Hudud) perlu diperluaskan sebelum sampai ke peringkat untuk kita memikirkan untuk melaksanakannya," katanya. bla bla bla bla bla ...
lagi berita seterusnya ...
BANDAR SERI BEGAWAN 14 Okt. - Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah (gambar) mahu kerajaan melaksanakan segera undang-undang Syariah bersama undang-undang sivil yang telah dicadangkan sebelum ini.
Ketika berucap pada mesyuarat Majlis Agama Islam Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkata, pelaksanaan undang-undang itu tidak boleh ditangguhkan lagi selepas proses untuk melaksanakannya telah dimulakan.
''Kita tidak sepatutnya menangguhkannya tetapi menggunakan peluang ini secara positif. Kita sudah ada mahkamah agung, melahirkan banyak pakar dan mencapai kemerdekaan. Apa lagi yang diperlukan,'' katanya yang dipetik oleh portal berita Malaysia Chronicle, kelmarin. bla bla bla bla bla ...
kahkahkah ...
kahkahkah ...
kahkahkah ...
Sultan brunei kata “Who are we to say wait?”
Pemimpin Melayu Islam kata “Hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia”
Islam kata …
“Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu…”( Al Maidah :49)
”Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?” (Al Maidah :50)
"Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Al-Baqarah:229).
bolehkah aku mengatakan BN itu memang hipokrit ??
kerana isu Islam hanya akan digunapakai sekiranya mampu membantu BN memperolehi sokongan UNDI...
dan hanya jika mampu menepati citarasa pemimpin-pemimpin komponen BN yang lain...
sama-sama kita renungkan
