21 November 2011

ATM: Tentera terhebat di Dunia

Beberapa bekas anggota tentera, yang telah berkhidmat selama beberapa dekad, tampil dan mendakwa gejala rasuah dalam Kementerian Pertahanan telah meletakkan nyawa mereka ibarat ‘telur di hujung tanduk’.

Seorang daripada mereka, semasa forum mengenai rasuah dalam industri pertahanan, memberitahu Malaysiakini, bahawa tindakan itu telah menyaksikan beberapa rakannya menjadi ‘kudung’ dan sebahagian besar mereka "menderita secara senyap".

Lelaki yang enggan namanya didedahkan itu kerana khuatir akan dikenakan tindakan tatatertib berkata, pegawai bukan tentera telah menolak cadangan pihak ketenteraan dan sebaliknya membeli peralatan kurang bermutu yang mempertaruhkan nyawa perajurit negara.

"Kita beli mesin gun AK 33 yang selepas tembakan sebanyak tiga pusingan akan tersekat. Ini memaksa askar mencampangkan senapang itu dan berjuang menggunakan parang,” katanya merujuk kepada satu operasi yang tidak dinamakannya.

Contoh lain, katanya, sekitar tahun 1970-an, kaki askar-askar dijangkiti sehingga ada yang terpaksa dipotong kerana but yang dibekalkan mereka karat. Ini kerana but yang dibekalkan itu diperbuat daripada kepingan zink dan bukannya aluminium seperti yang sepatutnya.

But berkenaan bertujuan melindungi kaki askar dari pancang perangkap samar yang tersembunyi ketika peperangan gerila di hutan. Namun, katanya, ia gagal untuk berbuat demikian kerana senang berkarat ketika askar-askar meredah hutan ketika hujan lebat.

Beliau turut memberi contoh, bagaimana, poncho atau baju hujan yang berkualiti rendah itu seringkali menyaksikan perajurit basah kuyup setiap kali hujan.

"Saya dalam kesejukan berada di hutan sedangkan seseorang telah mendapat habuan besar dan berseronok di tempat lain," katanya pada majlis anjuran Transparency International di Subang.

Lelaki itu juga mendakwa mutu makanan yang berkualiti rendah dibekalkan kepada pasukan tentera dan sekiranya pegawai mereka membuat bantahan, mereka pula akan dipindahkan ke tempat lain sebagai hukuman.

"Mereka tidak peduli. Saya percaya ia masih berterusan. Askar-askar kita yang menderita,” rintihnya lagi. sumber

kahkahkah ...

kahkahkah ...

kahkahkah ...

aku dah berkali-kali tegaskan, jangan sekali-kali terperangkap dengan dakyah PEMBANGKANG (PAKATAN RAKYAT) ...

mereka tu penipu, perasuah, dan tak tahu uruskan negeri yang mereka jajah ...

aku dah meluat tengok pembangkang mentadbir Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan ...


kahkahkah ...

korang nak tengok kehebatan Kerajaan Barisan Nasional ??? 


kahkahkah ...

kahkahkah ...

kahkahkah ...

_sedih terkenangkan awek cun altantuya_
KEMBALI KEPADA TAJUK POSTING INI ...

MASIHKAH ANDA INGAT KECEKAPAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL ...

MEMBELI DUA BUAH KAPAL SELAM YANG TIDAK BOLEH MENYELAM ???

MEMBELI KERETA PERISAI YANG SANGAT-SANGAT MAHAL BERBANDING DENGAN HARGA PASARAN ???

BAGAIMANA PULA DENGAN JET PEJUANG TERCANGGIH MALAYSIA YANG MAMPU BEROPERASI TANPA ENJIN ???

ADAKAH ANDA MASIH MELIHAT DAN MENDENGAR HELIKOPTER NURI MASIH BEROPERASI DAN BERFUNGSI ???

kahkahkah ...

kahkahkah ...

kahkahkah ...

P/S: Kerajaan UMNO &BN terbukti merupakan sebuah kerajaan yang amat prihatin, cekap, dan entah apa lagi perkataan yang boleh digambarkan dengan pencapaian AGUNG mereka semenjak memerintah negara kita. 

Nak tambah sikit lagi: PERCAYAKAH ANDA, SESEORANG BOLEH MEMINJAM SEBANYAK RM 250 JUTA ATAU BERSAMAAN RM 250, 000, 000.00 DENGAN MUDAH DARIPADA KERAJAAN MALAYSIA HANYA DENGAN ALASAN INGIN MENTERNAK 8, 000 EKOR LEMBU..!!! 

KEJADIAN INI MEMANG BETUL-BETUL BERLAKU

No comments: