Oleh kerana Noh Omar kata
projek Fidlot Nasional yang diberikan kepada anak beranak Shahrizat Jalil tidak
gagal. Maka kami telah mengambil inisiatif untuk pergi sendiri meninjau projek
tersebut di Gemas Negeri Sembilan semalam. Rombongan Jingga 13 bersama Rafizi
Ramli dan beberapa ADUN Negeri Sembilan serta wartawan menaiki lebih sepuluh
biji kereta menyambut pelawaan Noh Omar yang berkata rakyat dialu-alukan untuk
melihat projek yang dibangunkan oleh wang rakyat ini bila-bila masa.
Cukup mengecewakan,
sebaik sahaja kami sampai di pejabat pentadbiran Pusat Fidlot Nasional itu,
pekerja yang ada di situ terus meluru dan menutup pintu pagar dan menghalang
tinjauan kami. Puas kami merayu untuk bertemu pegawai paling tinggi yang
bertugas di situ, tapi semua pekerja yang ada di situ hanya buat bodoh. Mereka
kata semua pegawai tiada, dan mereka dapat arahan jangan benarkan sesiapa pun
datang melawat.
Kami minta supaya
hanya wartawan dibenarkan masuk untuk mengira sendiri berapa ekor lembu di
dalam Pusat Fidlot Nasional tersebut. Juga tak dibenarkan, seolah-olah ada
sesuatu yang ingin disembunyikan dari pengetahuan rakyat.

Dalam musim Hari Raya Haji seperti ini, tiada lembu yang kelihatan di Pusat Fidlot Nasional. Ini Pusat Fidlot taraf nasional atau taraf JKKK kampung?
-siasahkini