03 November 2011

Gambar Mampu Berkata: Keadaan Najib dan Guan Eng Merasakan 'Kesusahan Rakyat'!

Baru baru ini, persaingan hebat diantara 2 partisan yang hebat berlaku di negara kita. Ianya merupakan persaingan yang agak sihat bagi memenangi hati rakyat jelata. Sejak kekalahan teruk Barisan Nasional di negara kita, Demokrasi kian subur walaupun tidaklah sesubur negara yang maju namun kita masih kearah demokrasi yang subur. Maka, ramailah pemimpin berusaha untuk mengambil hati rakyat jelata dengan pendekatan yang berbeza sebab rakyat mempunyai 2 pilihan untuk pilihanraya umum yang akan datang iaitu sama ada untuk mengundi parti Barisan ataupun Pakatan. Marilah kita lihat sendiri keadaan Pemimpin kita untuk 'merasakan kesusahan rakyat'. Ikhlas dan tak ikhlas tu soal mereka sendiri. Saya tak tahu niat dan hati mereka. Gambar di bawah mampu berkata kepada anda. Anda Nilai sendiri!

Naik Bas
Keadaan Bas yang dinaiki oleh Najib untuk 'merasakan kesusahan rakyat' dan gambar Lim Guan Eng Menaiki Bas Bersama rakyat negeri pulau pinang. Naik Bas tapi keadaan Berbeza tetapi ironinya, Najib mengakui ingin merasakan kesusahan rakyat. Ikhlas ke?




Makan
Makanan Rakyat yang di makan oleh Datuk Seri Najib Semasa lawatan beliau di kedai 1 Malaysia Baru-baru ini.

Makanan rakyat semasa Lim Guan Eng dijemput untuk berbuka puasa bersama dengan rakyat Pulau Pinang pada Ramadhan yang lalu.


Dalam Pesawat

Najib di dalam pesawat peribadi perdana menteri bersama anaknya. Wah.. ini adalah kesusahan rakyat jelata hadapi di negara ini. Rakyat mempunyai standard yang tinggi sehingga kesusahan rakyat dirasakan sebegini rupa.

Lim Guan Eng menaiki pesawat tambang murah Air Asia bagi menjimatkan duit negeri Penang semasa membuat lawatan kerja. Pesawat Najib? 1 lawatan boleh memakan berjuta-juta ringgit.


Nilai sendiri. Semoga berjaya!