10 November 2011

Idris Jala Mula Main 'Flip Flop'

Ketua pegawai eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu), Datuk Seri Idris Jala berkata Malaysia tidak akan terjerumus ke kancah kebankrapan, meskipun kenyataan itu bertentangan dengan amarannya tahun lalu.
NONEIdris yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, sebelum ini berkata bahawa Malaysia akan berakhir seperti negara-negara Eropah yang dilanda hutang jika subsidi tidak dikurangkan. 
Sebaliknya,, hari ini beliau berkata, Malaysia berada di landasan yang betul untuk mencapai status ekonomi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. 
Beliau berkata usaha itu disokong oleh Program Transformasi Ekonomi pentadbiran Najib (ETP) yang menghasilkan hasil yang positif.
"Malaysia melakukan apa sahaja yang mampu dibuat untuk mengubah negara menjadi ekonomi berpendapatan tinggi.
"Menerusi program dan dasar yang diperkenalkan, saya yakin kita tidak akan jatuh muflis," katanya dipetik Bernama ketika taklimat media selepas menyampaikan ucaptama pada forum anjuran Ernst & Young mengenai "Memecah kod DNA ETP" di Kuala Lumpur.
azlanPada 27 Mei tahun lalu, Idris berkata rakyat Malaysia mesti bersedia menghadapi pengurangan  subsidi kerajaan, atau apa yang disebut sebagai "rasionalisasi subsidi", atau negara akan menghadapi kebankrapan menjelang 2019.
"Kita tidak mahu berakhir sebagai satu lagi Greece," katanya pada hari tersebut. 
Subsidi untuk petrol, makanan, elektrik, dan beberapa barangan keperluan lain membentuk sebahagian besar perbelanjaan operasi kerajaan persekutuan dan merupakan hampir lapan peratus daripada KDNK.
AKu cuma nak bagi tau, Greece pon boleh bankrupt. Ekonomi dia dulu hebat. Dapat anjur sukan olimpik Athens woii. Sehinggakan Perdana Menteri George Papandreau step down dah. Itali yang maju tu pon sama gak boleh kearah bankrupt dan ekonomi dah teruk. Korang tau tak Italy buat ape? Spaggetti? Pizza? Italy pengeluar kereta Pugeot, Ferrari, Jaguar dan banyak lagi kereta yang berjenama. Porche pon diaorg punya. ekonomi Maju.. Iceland pon sama boleh bankrap tahun 2008. Iceland punyai ekonomi yang baik pada awal 2008 pon bankrap dalam masa beberapa bulan. Inikan 2019 yang ada 8 tahun lagi. Peeerrrhhh... 

Kah.. kah... kah...

Eropah yang jauh lebih maju daripada Malaysia pun boleh kata mereka akan bankrap. 

Camne lah Malaysia cakap takkan bankrap?

ETP Najib hebat sangat ke? ha ha

No comments: