Kalau sanggup mati, pangkah BN. Kah kah kah. Sebab mereka sediakan susu yang amat berkhasiat untuk buatkan orang sakit perut. Sos pun sama. Ha ha.
Lagi satu cerita, negara lain pun tak approve LYNAS. Tapi Malaysia approve. Kah kah. Nak cepat mati, BN lah parti terbaik jadi pemerintah. LYNAS tak lah bunuh dengan cepat. Tapi kesan sampingan lain banyak. Kah kah.
Apa-apa yang kerkaitan BN adalah untuk susahkan diri sendiri. Pangkah BN, guru kena kerja 9 jam. Pastu kena laksana GST pulak. Apa lah nak jadi dengan rakyat. Semuanya rakyat yang tanggung!!
Apapun, ini berita yang baru menyusul. Tapi jangan percaya! Kah kah kah. Kalau LYNAS SELAMAT, suruh ADNAN BINA RUMAH SEBELAH LYNAS!!
Lynas: K'jaan tak akan bahayakan nyawa penduduk
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata kerajaan meluluskan projek pembinaan loji nadir bumi di Kawasan Perindustrian Gebeng, di Kuantan kerana projek itu telah dikenal pasti tidak membahayakan nyawa orang ramai di kawasan itu.
Beliau berkata pihak berkuasa dan agensi yang berkaitan sudah pasti tidak akan meluluskan projek terbabit yang dibangunkan Lynas Corporation Ltd (Lynas) sekiranya ia mengancam keselamatan rakyat.
Adnan berkata sebagai Menteri Besar, beliau terlebih dahulu meneliti dokumen dan laporan mengenai pembinaan kilang itu sebelum ia diluluskan kerana khuatir ia bakal memberikan apa-apa kesan kepada rakyat.
Kerajaan tidak akan membahayakankan nyawa orang ramai kerana loji itu dibina bagi tujuan pemprosesan sahaja, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Hari Berjalan Kaki Sedunia anjuran Nestle (M) Berhad di Taman Gelora, di Kuantan, hari ini.
"Saya tidak akan membiarkan rakyat mati kerana merekalah yang memberi mandat (untuk kerajaan) memerintah negeri ini dan sebab itu pihak pembangkang terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP menggunakan isu ini bagi merebut kuasa," katanya.
Mengenai dakwaan ada penduduk di kawasan itu ingin menjual rumah mereka di disebabkan pembinaan kilang itu, menteri besar berkata agensi kerajaan negeri sedia membelinya kerana masih ramai yang memerlukan rumah.
"Pada pendapat saya, Lynas bukan isu tapi diperbesarkan untuk tujuan politik terutamanya Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh," katanya.
Baru-baru ini, Pengarah Urusan Lynas Malaysia Sdn Bhd Datuk Mashal Ahmad berkata masih ada segelintir pihak yang mendapat maklumat salah mengenai projek loji itu menerusi individu tertentu yang mengaku sebagai pakar dalam bidang berkenaan.
Katanya pihak syarikat sedia berdialog dan berjumpa dengan mana-mana kumpulan yang mahukan kepastian dan memahami apa yang dilakukan di loji Lynas.
- Bernama
No comments:
Post a Comment