Johari Simuto, 23, berkata pengalaman bertarung dengan reptilia itu selama kira-kira tiga minit kini menjadi pengalaman tidak akan dapat dilupakan sepanjang hayat dan menganggapnya benar-benar insiden mati hidup semula.
Sebelum kejadian, Johari turun ke jeti berkenaan seorang diri untuk mandi selepas pulang membantu ibu bapanya di kebun, sebelum terjatuh ke dalam sungai akibat dilibas buaya terbabit, kira-kira jam 7 malam.
“Dalam keadaan kelam-kabut, saya sempat berpaut pada tiang jeti sebelum bertarung dengan buaya itu biarpun tidak melihatnya dengan jelas,” katanya.
Mengimbas kembali insiden ngeri itu, Johari berkata, dia langsung tidak menyedari kehadiran buaya terbabit, malah keadaan air pasang yang agak tenang ketika itu menyebabkannya tidak terfikir kehadiran haiwan ganas itu.