Kepada pembaca-pembaca sekalian, sila jangan terpedaya dengan dakyah PEMBANGKANG (PAKATAN RAKYAT). Susu 1Malaysia adalah antara susu yang terbaik di dunia dan sangat berkualiti jika dibandingkan dengan beberapa negara di Afrika. Berikutan dengan kes keracunan susu baru-baru ini, kes ini adalah kes terpencil, iaitu hanya 0.000000000001% jika dibandingkan dengan Sudan, Afrika. Kerajaan Barisan Nasional yang menjajah Malaysia merupakan antara kerajaan yang teramat prihatin dan sangat bertimbang rasa. Walaupun harga minyak dunia sudah turun selama 5 bulan dan harga minyak di Malaysia belum turun lagi, rakyat Malaysia tidak seharusnya bimbang kerana yang turun cuma hujan.
lagi berita menyusul;
24 Pelajar Didakwa Dirawat Selepas Minum Susu 1Malaysia
Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria dalam sebuah artikel di Harakah Daily mendedahkan bahawa sebanyak 24 orang pelajar di Kuala Nerang, Kedah telah mengalami masalah setelah minum Susu 1 Malaysia baru-baru. Daripada jumlah itu, katanya, 8 orang telah mengalami masalah serius sehingga terpaksa dimasukkan ke wad di Hospital Kuala Nerang.
"Saya difahamkan, Susu 1Malaysia itu diberikan kepada semua pelajar di seluruh negara. Diharap pihak kementerian menarik balik bekalan Susu 1Malaysia di sekolah-sekolah kerana ia tak baik kepada kesihatan," katanya.
Sebelum ini, Malaysia Kini melaporkan ujian makmal terhadap sos cili yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) didapati mempunyai tahap raksa dan plumbum melebihi paras yang dibenarkan dalam Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.
Dalam laporan draf penyelidikan perbandingan produk yang diperoleh Malaysiakini, Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standards Users) mendapati 3.64ppm plumbum dan 0.08ppm raksa atau merkuri dalam sos cili 1Malaysia. Sedangkan, tahap yang dibenarkan untuk sos cili adalah 2ppm bagi plumbun manakala 0.05ppm untuk raksa.
Tony Pua pula seperti yang dilaporkan di Sinar Harian menyatakan hasil ujian makmal dilakukan terhadap beberapa sampel produk Kedai 1Malaysia mendapati isi kandungannya tidak menepati piawaian Akta Makanan 1983 dan Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985 (Akta 281).
Sembilan produk yang dimaksudkan ialah sos tiram, jem nenas, ais krim, susu sejat, krimer pekat manis, minyak sapi, susu segar, sardin dan kari ayam (makanan dalam tin).
“Kandungan sos tiram, hanya mengandungi 0.6 peratus protein, berbanding kadar minimum 2.5 peratus ditetapkan di bawah Akta Peraturan-peraturan Makanan 166A (1).Manakala kandungan buah-buahan dalam jem nenas, menghendaki 35 peratus kandungan buah, sebaliknya hanya 8.87 peratus.” -DCM
kahkahkah ...
kahkahkah ...
kahkahkah ...
Kamus BN:
BAJET DEFISIT = PENGURUSAN CEMERLANG ...
TIADA HUTANG = GAGAL MEMERINTAH ...
BAJET DEFISIT = PENGURUSAN CEMERLANG ...
TIADA HUTANG = GAGAL MEMERINTAH ...
No comments:
Post a Comment