05 November 2011

Teka-teki 1Malaysia




kahkahkah ...

dah bersedia untuk menjawab teka-teki 1Malaysia ???

okay .. get ready, ... 1 ... 2 ... 3 ...

teka-teki 1Malaysia untuk kali ini ialah :

" Mengapa penduduk Libya bangun menentang pemimpin kesayangan mereka, Muammar Gaddafi ?? Tergamak mereka MEMBUNUH Gaddafi.. Penduduk Libya tak tahu erti BERSYUKUR ke???"

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 


1. Tiada bil elektrik di Libya.
Elektrik adalah percuma untuk semua rakyatnya.



(berapa bil letrik korang sebulan ?? kahkahkah... )


2. Tiada faedah ke atas pinjaman bank.
Bank-bank di Libya adalah milik kerajaan dan pinjaman diberikan kepada semua warganegara pada kadar faedah 0% oleh undang-undang.



(pinjaman kereta, rumah, kawen, kad kreadit, bla bla bla , berapa ringgit gaji korang lepas potong semua bil ??? kahkahkah... )


3. Rumah dianggap sebagai hak asasi manusia di Libya.
Gaddafi berikrar bahawa ibu bapanya tidak akan mendapat rumah sehingga semua orang di Libya mempunyai rumah. Bapa Gaddafi meninggal dunia semasa dia, isterinya dan ibunya masih lagi tinggal di khemah.



(najib tinggal kat khemah ??? pondok buruk ??? atau rumah macam Nik Aziz ??? kahkahkah)


4. Pengantin baru menerima 60,000 Dinar (USD 50,000).
Semua pasangan pengantin baru di Libya menerima 60,000 Dinar oleh kerajaan untuk membeli pangsapuri pertama mereka bagi memulakan hidup berkeluarga.



(eh, ko kawen guna duit mak bapak ko ke, pinjaman bank ke, duit sendiri ??? kahkahkah)


5. Pendidikan dan rawatan perubatan percuma.
Sebelum Gaddafi memerintah Libya, hanya 25% rakyatnya celik huruf. Hari ini, angka tersebut meningkat kepada 83%.



(dari tahun 2008 kata pendidikan percuma, tapi still gak bayar ... kahkahkah) 


6. Peladang mendapat bantuan percuma.
Sekiranya rakyat Libya ingin menceburkan diri dalam bidang perladangan, mereka akan menerima tanah ladang, rumah ladang, peralatan, benih dan ternakan secara percuma.



(lembu dapat peruntukan; seekor lembu dapat 5 ekar tanah ... kahkahkah)


7. Kemudahan pendidikan dan rawatan luar negara.
Sekiranya perkhidmatan pendidikan dan rawatan yang diperlukan oleh rakyat di Libya tiada, kerajaan akan menanggung perbelanjaan untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut di luar negara, termasuk penginapan berjumlah USD 2,300 sebulan dan elaun kereta, secara percuma.



(tolong jangan bermimpi di siang hari ... xyah nak tipu, benda nie xda kat Malaysia ... kahkahkah)


8. Subsidi kereta.
Di Libya, kerajaan akan memberi subsidi pembelian kereta sebanyak 50% daripada harga kereta berkenaan.



(harga kereta proton kat UK lebih murah dari kat Malaysia ... kahkahkah)


9. Harga petrol yang rendah.
Harga petrol di Libya ialah USD 0.14 seliter.



(dah berapa bulan harga minyak dunia turun ??? bila lagi harga minyak kat Malaysia nak turun nie ??? kahkahkah


10. Hutang dan Rizab.
Libya tidak mempunyai hutang di luar negara dan mempunyai rizab berjumlah USD 150 bilion.



(rilek la ... hutang negara Malaysia baru RM 437 Bilion ... lebih rendah berbanding negara-negara seperti Greece ... kahkahkah)






11. Graduan menganggur mendapat gaji.
Sekiranya seseorang rakyat Libya gagal mendapatkan pekerjaan selepas menamatkan pengajian, kerajaan akan membayar graduan berkenaan “gaji” purata mengikut profession yang layak, seolah-oleh graduan berkenaan sedang bekerja, sehingga mendapat pekerjaan yang sebenar.



(adakah aku bermimpi ??? kahkahkah)


12. Hasil jualan minyak diagihkan kepada rakyat.
Sebahagian hasil jualan minyak Libya akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank semua rakyat Libya.



(mana hasil jualan minyak Malaysia ??? kahkahkah)


13. Elaun melahirkan anak.
Seorang ibu yang melahirkan anak akan menerima USD 5,000.



(seorang ibu di Malaysia yang melahirkan anak akan mengeluh kerana barang-barang di pasar-pasar raya terus naik, gaji masih berada di paras yang sama, yang turun cuma HUJAN ... kahkahkah)


14. Harga makanan yang rendah.
Harga 40 buku roti di Libya hanya berjumlah USD 0.15.



(harga roti canai naik 10 sen pun korang dah nak kecoh ... kahkahkah)


15. Rakyat berpendidikan tinggi.
Sebanyak 25% daripada rakyat Libya mempunyai ijazah universiti.



(memasuki institusi pendidikan tinggi a.k.a universiti atau yang sewaktu dengannya bukan lagi perkara yang asing buat rakyat Malaysia, begitu juga setelah mereka graduate nanti, berhutang puluhan ribu dari pitipitipu dan masih tidak memperolehi kerjaya ... kahkahkah)


16. Projek pengairan.
Gaddafi melaksanakan projek pengairan yang terbesar di dunia, yang dikenali sebagai projek “Great Man-Made River” (GMR), untuk memastikan bekalan air sentiasa ada di seluruh negara padang pasir.



(Malaysia ada kapal selam yang tidak boleh menyelam ... kahkahkah)

No comments: