18 November 2011

Alahai Zul Nordin. Terlondeh juga kau akhirnya.

Veteran PKR Dr Syed Husin Ali mendakwa, beliau pernah diberitahu bahawa Naib Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Zulkifli Noordin pernah meminta RM60,000 untuk mengosongkan kerusinya bagi membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding. 
Dr Syed Husin berkata, ia berlaku apabila Anwar pada mulanya dirancangkan parti bertanding di kerusi Kulim-Bandar Baharu yang disandang Zulkilfi, ketika itu masih bersama PKR. 
"Aku diberitahu mula-mula Zulkifli bersetuju berundur dengan syarat beliau dibayar oleh parti, khabarnya sebanyak RM60,000, walaupun aku tidak dapat memastikan jumlah sebenar," dedahnya dalam memoirnya yang baru dilancarkan. 
Tempoh sekatan Anwar bertanding tamat pada 14 April 2008. Anwar kemudiannya bertanding di kerusi Permatang Pauh yang dikosongkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang juga isterinya. 
Buku Memoir Perjuangan Politik juga mendedahkan, selepas Umno menarik balik kes kegagalan menyerahkan laporan perbelanjaan dalam pilihan raya sebelumnya, Zulkifli kemudiannya menukar fikiran. 
"Tidak dapatlah Anwar bertanding di Bandar Baru Kulim," tulis bekas timbalan presiden PKR itu. 
Zulkifli, kini anggota parlimen bebas, kemudian sering memburukkan parti dan Anwar dalam tulisan blog yang mendapat liputan meluas, yang kemudian mengheretnya ke jawatankuasa disiplin PKR, dakwa Dr Syed Husin. 
"Akhirnya beliau disingkirkan daripada parti. Tohmahan dan fitnah beliau semakin meningkat," coret Dr Syed Husin. 
"Terutama sekali selepas beliau dan seorang lagi yang keluar parti, Datuk Zahrin (Hashim), dibawa oleh PM Najib ke Amerika Syarikat. Mengikut Zulkifli mereka berbincang tiap-tiap tiap-tiap malam dengan PM. 
Malaysiakini telah menghubungi Zulkifli dan masih menunggu komennya berhubung dakwaan itu.

Mkini.

Kah kah kah. Dulu cakap pejuang Islam sejati. Kah kah

Patutlah jadi orang buangan PKR.. kah kah kah

Rupanya PKR lebih tau siapa Zulkulim. Alahai Katak..

Kah kah kah..

Memang kalah juga kat duit. Kah kah kah

Kesian. Sama geng UMNO. Kalau dalam UMNO, baling je batu kat kumpulan UMNO, pasti terkena perasuah, perompak, pembunuh, pencuri. Kah kah..

Baling batu dalam kumpulan PERKASA, pasti terkena pengampu, perkauman, dan orang jumud.

Kah kah kah..

Sekarang zul nordin dah terbogel. Ezam pun sudah. Zahrain hasyim dah. Wakah kah kah. Siapa lagi?

No comments: