Di bawah pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional, taraf kehidupan warga FELDA dilihat semakin terbela apabila kerajaan bercadang untuk menyenaraikan FELDA dalam pasaran saham. Setelah keputusan bijak meminjam 6 bilion ringgit daripada KWSP atas alasan "pinjaman" yang diberikan adalah satu penghormatan buat warga FELDA... disini dan disini
"Mohd Isa turut menangkis tanggapan bahawa pinjaman berkenaan menunjukkan Felda kini menghadapi krisis kewangan walau dilaporkan meraih keuntungan sebanyak RM1.197 bilion tahun.
Beliau berkata pinjaman berkenaan merupakan satu “penghormatan” kepada Felda kerana ia menunjukkan keyakinan KWSP bahawa lembaga pembangunan tanah itu mampu melunaskan pinjaman berkenaan.Persoalannya, apa tujuan pinjaman tersebut?Untuk joli?Beli kereta mewah?Kena bagitahu.Baru rakyat jelas tentang apa perancangan FELDA.
“Apa masalahnya pinjam? Kita pinjam pun daripada (KWSP), (KWSP) bagi kita pinjam itu juga satu penghormatan sebab yakin pada kita, kita boleh bayar”.
“Kalau saya meniaga saya ada duit, takkan saya nak guna semua duit saya sendiri, saya mesti pinjam. Itu yang penting, apa yang masalahnya kalau pinjam?
“Saya pun tak tahu apa masalah yang ditimbulkan itu. Saya beli kereta pun pinjam, saya tak tahulah kalau semua orang ANAK ini semua bayar tunai, saya tak tahulah,” katanya lagi, menyindir NGO yang menimbulkan isu berkenaan.
kahkahkah ...
kahkahkah ...
kahkahkah ...
Lagi berita seterusnya:
KUALA LUMPUR, 14 Nov: Cadangan menyenarai Felda Global Ventures Holding Sdn Bhd di Bursa Malaysia pada pertengahan 2012 merupakan cubaan kedua 'menjual tanah peneroka', kata bekas pegawai Bank Negara, Dr Rosli Yaakob.
Bercakap pada sidang meja bulat anjuran Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) di Pejabat Agung PAS semalam, Rosli berkata cubaan pertama dibuat pada tahun 2004 di zaman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ketika itu ujarnya, Tun Mahathir membawa idea untuk menyenarai Felda Holdings Berhad ke Bursa Malaysia namun gagal setelah ditentang hebat oleh peneroka.
“Nampaknya cadangan ini menggantikan cadangan Tun Mahathir untuk menyenaraikan Felda Holdings Berhad pada 2004, namun dibantah peneroka Felda. Kalau dulu Felda Holdings Berhad dicadangkan tapi kali ini syarikat yang memiliki 49 peratus saham dalam Felda Holdings Berhad pula dicadangkan,” katanya.
Mengulas lanjut, Rosli berkata, apa yang lebih dibimbangi adalah nasib peneroka selepas ini yang bakal kehilangan tanah akibat dari penyenaraian tersebut.
"Penyenaraian ini jika berlaku bermakna mendedahkan tanah milik peneroka felda kepada bukan peneroka dan pelabur asing.
"Ianya ibarat seperti menjual angsa yang mengeluarkan telur emas," katanya dihadapan kira-kira 20 orang yang turut serta dalam sidang meja bulat itu.
Selain Rosli, turut serta sebagi panel adalah bekas penolong kanan pengarah Kastam Malaysia Razman Ramli manakala pengerusi sidang itu adalah Presiden Anak, Mazlan Aliman.
Projek gali kubur peneroka
Sementara itu, bekas naib presiden kanan Felcra Datuk Ramleli Buyong menyifatkan penyenaraian Felda Global Ventures Sdn Bhd di Bursa Malaysia sebagai “projek gali kubur peneroka.”
Katanya, ianya merupakan satu projek 'berniat jahat' yang hanya akan memangsakan peneroka dengan memberi janji 'kekayaan sementara' kepada mereka.
Sambil menceritakan apa yang pernah berlaku kepada peserta Felcra, beliau tidak menolak nasib sama akan menimpa peneroka felda jika penyenaraian itu benar berlaku.
“Saya teringat gerakan dalam Felcra ketika itu Datuk Hamzah Zainuddin (pengerusi Felcra), saya dan kumpulan saya menentang keras cadangan itu.
“Penyenaraian adalah jahat, ia projek menggali kubur peneroka. Dalam penyenaraian biasanya orang kata untuk cari modal tapi sebenarnya nak tampung biawak hidup yang ada," katanya.
kahkahkah ...
kahkahkah ...
kahkahkah ...
Apa kes Lembu Mewah Shahrizat ???
ada hasil ???
mamak kata, tadak hasil oo..
kahkahkah ...
kahkahkah ...
kahkahkah ...
kalau langah penyenaraian FELDA dalam saham tidak menjadi (rugi), apa yang akan terjadi dengan pakcik makcik FELDA???
mereka dan diberi penjelasan dan bersetuju untuk menangung risiko bersama???
kahkahkah ...
kahkahkah ...
kahkahkah ...
boleh ker aku nak percaya lagi Melayu Islam UMNO berniaga ???
yang kira "Melayu" tu pun termasuk gak ...
kahkahkah ...
kahkahkah ...
kahkahkah ...
kebenaran pepatah yang amat jarang kita dengari memang tidak disangkal...
" DIMANA UMNO & BN KUAT, DISITU MELAYU ISLAM MELARAT "
No comments:
Post a Comment