16 December 2011

Dr. Mahathir Perli Taib Mahmud dengan Bomoh


Dr M: Bomoh tak boleh tolong kamu, politikus 
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan ahli politik supaya tidak mencari bomoh kerana ia tidak dapat menjamin kemenangan dalam pilihan raya umum. 
"Ahli-ahli politik pun tak usahlah cari bomoh kerana ingin menang. Bukan bomoh yang boleh beri kemenangan. 
"Budi yang baik, tingkah laku yang sopan, keperihatinan akan masalah yang dihadapi rakyat yang boleh memberi kemenangan dan kejayaan," katanya.
azlanMenulis dalam blog beliau kelmarin, Dr Mahathir (kiri) berkata, kita tidak harus menambah kepercayaan karut yang menjadi halangan kepada kejayaan orang Melayu yang sudah sedia banyak. 
Dalam tulisan panjangnya itu juga, Dr Mahathir mengingatkan supaya orang Melayu tidak menjadi bangsa penakut dan percaya kepada makhluk halus yang tidak disebut dalam Islam seperti hantu, pelesit, toyol.
Katanya, kepercayaan yang berasal daripada zaman pra-Islam itu antaranya pernah menyebabkan kegagalan tentera Melayu menghadapi Siam sebelum kemerdekaan negara ini.
"Dan mereka pun kalah kerana tidak percaya mereka boleh menang. Mereka tidak pun dapat mempertahankan diri mereka. Mereka kaku disebabkan ketakutan. Dan askar Siam boleh menyembelih mereka.
"Yang lain melarikan diri, tidak berani mengadap orang kebal, boleh meresap, boleh tiba-tiba berdiri di atas pokok di belakang pasukan Melayu," katanya menyentuh mitos kebal orang Siam.
Menceritakan pengalaman peribadinya ketika bertugas sebagai doktor, Dr Mahathir berkata beliau pernah bertemu lelaki yang dikatakan kebal selepas dicucuk jarum emas ke badannya.
"Apabila dia datang saya bertanya bolehkah saya cucuk jarum ke dalam badannya. Dia mendakwa jarum tak mungkin masuk kerana dia tidak mengizinkannya.
"Saya cucuk dan jarum masuk seperti biasa. Dia tidak kebal," katanya lagi. 
Lagi Berita Menyusul.....


Salleh dakwa Taib dikelilingi bomoh


Calon Bebas Balingian Datuk Salleh Jafaruddin mendakwa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dikelilingi oleh ‘bomoh luar negara’.

NONE“Kita mahu selamatkan Sarawak daripada dipimpin seorang ketua yang tunduk dan menyerahkan akal fikiran, keupayaan fizikal dan kerohanian dipengaruhi bomoh sihir luar negara yang mengelilinginya.
“Saya secara peribadi saya berjumpa dan berdepan dengan tiga bomoh itu pada hari penamaan calon di Mukah.

“Saya beritahu mereka tidak ada hak memberi nasihat spiritual kepada ketua menteri, khususnya pada pilihan raya sehingga mempengaruhinya dalam keputusan memuktamadkan senarai calon Barisan Nasional,” kata Salleh (atas,kanan) pada sidang media hari ini.

Dakwanya, tiga bomoh berkenaan, seorang dipercayai rakyat Australia dan seorang lagi berbangsa Yahudi bekerjasama dengan naib presiden kanan PBB, Datuk Awang Tengah Ali Hasan, adik perempuan Taib – Radziah Mahmud dan Taib sendiri semasa menyediakan senarai calon BN.

NONE“Tidak ramai yang mengetahui cerita ini, sehingga hari penamaan calon pada 6 April lalu di Mukah. Pengaruh mereka ke atas cengkaman politik Taib begitu besar dan sukar diatasi, malah ia mengatasi pengaruh politik perdana menteri kita,” dakwa Salleh yang juga adalah sepupu Taib.

Salleh, bekas timbalan menteri pelajaran juga menuduh Taib menipu pemimpin PBB, parti-parti komponen BN, seluruh pengundi Sarawak sejak 30 tahun lalu bahawa masih belum menemui pemimpin yang sesuai bagi menggantikan dirinya.

“Jika 30 tahun tidak memadai bagi memilih pengganti, adakah awak percaya dalam beberapa bulan ini selepas pilihan raya, dia boleh tiba-tiba memilih seseorang bagi gantikannya kecuali seseorang itu dicadangkan oleh bomohnya,” katanya.
mKini

No comments: