PULAU PINANG, 8 Dis: Dalam usahanya untuk membanteras rasuah, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengarahkan semua pihak agar jangan memberikan sebarang hadiah sempena hari jadi beliau.
![]() |
Menaiki penerbangan tambang murah AirAsia |
Kepada mereka yang ingin juga memberikan hadiah sempena hari jadi beliau itu, diminta memberikannya kepada mana-mana badan amal.
"Adalah juga dimaklumkan bahawa sesiapa yang ingin memberi hadiah atau sumbangan boleh berbuat demikian kepada mana-mana badan amal," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Politik beliau, Zairil Khir Johari.
Bagi Lim Guan Eng, hari jadi beliau selaku Ketua Menteri Pulau Pinang adalah sesuatu yang peribadai dan bukan rasmi.
"Saya dengan ini sesungguhnya memaklumkan bahawa hari jadi Ketua Menteri Pulau Pinang merupakan sesuatu perkara peribadi dan bukan sambutan rasmi yang diraikan oleh Kerajaan Negeri.
"Oleh kerana perkara ini bukan perkara rasmi, apa-apa hadiah atau sumbangan tidak akan diterima oleh Ketua Menteri, yang kini berada dalam perjalanan pulang dari Taiwan, mahupun mana-mana pegawai daripada Kerajaan Negeri," kata Zairil dalam kenyataannya itu.
kahkahkah ...
kahkahkah ...
kahkahkah ...
malang sungguh jadi pencacai UMNO BN Pulau Pinang ...
dah tiada modal nak serang Pakatan & Lim Guan Eng ...
sama macam kontraktor kroni BN ...
lepas Pakatan tawan Pulau Pinang, tender-tender dibuka kepada umum ...
nak tak nak terpaksa bersaing di atas padang sama rata ...
kahkahkah ...
kahkahkah ...
kahkahkah ...
p/s: daripada hapuskan cukai barang mewah, lebih baik turunkan harga barang keperluan seharian, tak pun naikkan gaji.. PM ter!@#$%^&* yang aku pernah jumpa..
No comments:
Post a Comment