05 December 2011

Lawak Jenaka Perhimpunan UMNO


Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

SEBAIK sahaja Perhimpunan Agung UMNO Ke-62 menutup tirai, semalam, di bahu pemimpin dan ahli UMNO di semua peringkat mempunyai satu tanggungjawab yang berat.

Mereka kini perlu memastikan UMNO mencapai kejayaan cemerlang dalam pilihan raya umum akan datang.

Hanya kejayaan cemerlang sahaja akan mampu mengelakkan perhimpunan agung yang berakhir itu tidak dipersendakan dan dianggap retorik semata-mata.

Ini memandangkan ketika perhimpunan agung tersebut berlangsung, pemimpin dan ahli UMNO bukan sahaja diberi peringatan dan nasihat malahan mereka juga sudah melafazkan taat setia untuk memastikan kemenangan besar UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti. Ketika perhimpunan itu juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi peringatan mengenai nasib bangsa, agama dan negara jika pemerintah negara jatuh ke tangan pembangkang.

''Insaflah...insaflah saudara-saudari, andainya UMNO tidak kita tatang, andainya UMNO tidak kita bela, andainya UMNO sudah tersungkur rebah dan andainya UMNO lenyap, apakah masih terjunjung Islam yang suci? Apakah masih terpandang mulia orang-orang Melayu? Apakah masih disanjung raja-raja kita?

''Kalau kita leka, kalau kita alpa, kalau kita lalai, kalau kita masih bersengketa, kehinaan akan tiba di muka pintu.Tunggulah kehancuran akan terbangsatlah Melayu merempat di di tanah sendiri.''

Sebab itulah, pemimpin dan ahli UMNO tidak boleh memandang remeh segala yang sudah tercatat dan berlangsung di perhimpunan agung parti itu.

Ia kerana jika dalam pilihan raya umum akan datang UMNO dan BN tidak mampu mencatatkan kejayaan cemerlang akibat politik dalaman percayalah orang luar tidak akan lagi menghormati perhimpunan agung.

Mereka akan menganggap Perhimpunan Agung UMNO sekadar agenda tahunan bagi memenuhi peraturan sebuah perjalanan pertubuhan.

Sikap tidak mahu berubah dan masih lagi mahu berpolitik sesama sendiri demi perjuangan peribadi hanya akan mengakibatkan UMNO akan menempah bahaya dalam pilihan raya akan datang.

Sebab itulah ikrar yang dilafazkan dengan diketuai oleh Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan sekadar ikrar untuk menyedapkan hati, tetapi ia adalah janji atau baiah yang wajib dipatuhi.

Janganlah pula nanti ada yang berhujah tidak salah melanggar ikrar berkenaan kerana ia tidak dilakukan atas nama Allah tetapi mereka harus ingat, ikrar berkenaan adalah bertujuan bagi menjaga kepentingan bangsa, agama dan negara.

Dan ia hanya dapat dilakukan jika UMNO dan BN terus memerintah, justeru ikrar berkenaan ibarat janji yang wajib ditunaikan kerana di dalam Islam hanya manusia munafik sahaja yang sanggup memungkiri janji. Lebih daripada itu, jika UMNO kehilangan tampuk kekuasaan, bangsa Melayu 'terbangsat' di tanah air sendiri dan Islam tidak lagi dihormati maka seluruh ahli UMNO yang mengkhianati ikrar yang dibuat perlu bertanggungjawab.

Ahli UMNO, sepanjang perhimpunan berlangsung telah diperingatkan untuk patuh dan taat kepada pemimpin selagi keputusan yang dibuat tidak melanggar syariat. Mereka juga telah diseru supaya sedia berkhidmat dan berkorban bukan demi kepentingan politik kekuasaan UMNO dan BN semata-mata tetapi demi masa depan bangsa, agama dan negara.

Sebab itulah Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu ahli dan penyokong parti itu menyakini bahawa perjuangan mereka adalah satu jihad.

'Jihad untuk memenangkan parti kita, jihad untuk memastikan survival bangsa dan agama kita adalah satu pengorbanan yang amat besar sekali yang harus dipertanggungjawab dan dilaksanakan oleh kita secara sebaik-baiknya,'' kata Muhyiddin.

Perkara itu kemudiannya dipertegaskan oleh Wakil Kedah, Mohd. Kamal Saidin.

Mohd.Kamal ketika membentangkan usul agama mahu ahli-ahli UMNO yakin bahawa perjuangan parti tersebut tidak pernah tersasar daripada landasan agama kerana ia terus kekal berpegang dengan konsep amalan wassattiyah iaitu kesederhanaan dari dulu hingga sekarang.

Sehubungan itu beliau mengingatkan ahli UMNO betapa pentingnya perjuangan parti tersebut diteruskan dan dipertahankan serta tidak berebut jawatan sesama mereka.

''Kalau dulu UMNO kuat kerana kita lawan tolak jawatan, tetapi hari ini kita kalah kerana kita lawan rebut jawatan.

''Kalau ini yang berlaku dalam parti adakah kita dapat mengharapkan UMNO mampu membebaskan agama, bangsa dan negara serta dapat mengekalkan kuasa,'' tegasnya.

Bersandarkan kepada peringatan demi peringatan di Perhimpunan Agung UMNO itu seharusnya selepas ini ahli-ahli parti tersebut tidak perlu lagi diperingatkan mengenai betapa penting dan getirnya pilihan raya umum akan datang.

Apa yang mustahak sekarang ialah mengotakan janji dan memastikan segala yang dinasihatkan oleh pucuk pimpinan dipatuhi. Mereka sudah tidak ada masa lagi untuk bersikap hipokrit apatah lagi retorik. Janganlah lagi terus memegang kamus politik sebagai rujukan tetapi jadikan al-Quran dan sunnah sebagai panduan serta pegangan.

Kamus politik hanya mengajar ahli UMNO bagaimana merebut kekuasaan (jawatan) sebab itulah wujud perbuatan buruk seperti tikam belakang, cah keting dan sabotaj. Tetapi al-Quran dan sunnah memberi panduan bagaimana untuk memantapkan perjuangan demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

Ini selari dengan tujuh ramuan yang digariskan oleh Muhyiddin bagi memastikan kemenangan UMNO iaitu bersatu, bersedia, berkhidmat, berkorban, berusaha, reda dan bertawakal. Semua ramuan itu terdapat pengajarannya di dalam al Quran dan hadis.

Justeru pemimpin, ahli, penyokong dan pejuang UMNO mesti istoqamah dalam perjuangan mereka. Hindarilah sikap bermuka-muka, di depan pucuk pimpinan bersedia berikrar dan bersumpah serta berbaiah tetapi di belakang, perangai lama yang membawa kehancuran parti diulangi.

Bersediakah pemimpin dan ahli UMNO dituduh hipokrit dan bersikap retorik, apabila pilihan raya umum nanti menyaksikan parti itu tidak mencapai sasaran kemenangan yang ditetapkan seperti mana mereka ikrarkan.

''Amalkan sikap 'bikin serupa cakap', jangan anggap perhimpunan hal lain, balik ke cawangan dan bahagian hal lain.

''Kalau mereka tak sokong siapa juga yang dicalonkan dan jentera tidak digerakkan kerana tidak setuju dengan calon, maka UMNO dan perjuangannya akan menjadi mangsa terbesar,'' kata Penganalisis politik, Prof. Datuk Dr.Mohamed Mustafa Ishak.

Berdasarkan hakikat itu, janganlah memandang remeh apa yang telah dihasilkan melalui perhimpunan agung tersebut.

Taat dan patuhlah terhadap apa juga keputusan pucuk pimpinan parti seperti mana janji, ikrar atau baiah mereka lafazkan.

Dengan cara itu sahaja UMNO mampu mencapai kejayaan dalam pilihan raya umum akan datang dan seterusnya memastikan Perhimpunan Agung UMNO selepas ini tidak dilihat hanya gah dari segi kehadiran sahaja sedangkan tiada apa-apa pun yang menguntungkan parti, agama, bangsa dan negara.

kahkahkah ...

kahkahkah ...

kahkahkah ...

baca betul-betul apa yang aku highlightkan ...

ada paham???

1) Ketika perhimpunan itu juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi peringatan mengenai nasib bangsa, agama dan negara jika pemerintah negara jatuh ke tangan pembangkang.

apa dah jadi dengan negeri-negeri yang berada di bawah pimpinan Pakatan Rakyat ?? Melayu semakin merempat ?? Islam semakin terhina ?? rakyat Malaysia semakin tertindas ?? tidak sama sekali .. sila rujuk disini dan disini

2) andainya UMNO sudah tersungkur rebah dan andainya UMNO lenyap, apakah masih terjunjung Islam yang suci? Apakah masih terpandang mulia orang-orang Melayu? Apakah masih disanjung raja-raja kita?

siapa yang tolak hukum Islam HUDUD ?? siapa yang berusaha mensabotaj parti yang cuba menegakkan syiar Islam ?? siapa sebenarnya yang menderhaka kepada sultan dan raja ?? sila rujuk disini

3) terbangsatlah Melayu merempat di di tanah sendiri

setelah berkuasa sejak tahun 2008, adakah Melayu merempat di negara sendiri di bawah pimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat ?? bukti ketelusan Wakil Rakyat Pakatan Rakyat, sila rujuk disini dan video dibawah




4) Kalau dulu UMNO kuat kerana kita lawan tolak jawatan, tetapi hari ini kita kalah kerana kita lawan rebut jawatan.

kenyataan ini, dibuat oleh UMNO BN sendiri. Bukan fitnah dari Pakatan Rakyat..!!!

5) Semua ramuan itu terdapat pengajarannya di dalam al Quran dan hadis.

Sejak bila pulak Muhyiddin nie merujuk kembali kepada al Quran dan hadis ?? tapi baguslah kalau dah sedar .. sekarang masih lagi ker nak tolak HUKUM TUHAN ?? semata-mata nak sedapkan hati Chua Soi Lek ??


No comments: