24 December 2011

UMP: Krisis Air Berpanjangan, Minta Campurtangan PM

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Pahang (UMP) menggesa supaya krisis air di kampus UMP Pekan ditangani dengan segera.

Yang dipertuanya, Muhamad Fazli Abdul Halim berkata, krisis gangguan air semakin meruncing dan sudah berlarutan ke minggu kedua.

Bagaimanapun, katanya, tidak nampak sebarang tanda-tanda yang krisis tersebut akan berakhir.

Menurutnya, krisis ganguan air ini dikatakan berpunca daripada tekanan air yang rendah akibat UMP Kampus Pekan mempunyai kapasiti pelajar sekitar 2,000 orang dan terpaksa berkongsi sumber air dari tangki di Kuala Pahang yang turut sama disalurkan kepada masyarakat sekitarnya.

"Situasi ini cukup menyeksa dan menyukarkan urusan harian mahasiswa yang dalam masa yang sama ditambah dengan tekanan peperiksaan akhir semesta yang bakal berkunjung tiba.

"Krisis ini juga turut menjejaskan pihak pengusaha kafeteria yang secara langsung menggangu pengoperasian dan urusniaga mereka dan menambah kesengsaraan mahasiswa dalam mendapatkan makanan," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Fazli, masalah ganguan air itu bukanlah perkara yang baru, tetapi turut berlaku dua tiga tahun lepas di Kampus Gambang.

Katanya, tindakan segera amat diperlukan terutamanya oleh Jabatan Bekalan Air Pahang bagi mengatasi masalah yang dihadapi mahasiswa bagi memudahkan urusan pembelajaran mereka di universiti itu.

Pohon bantuan PM

Sehubungan itu, kata Fazli, mereka memohon agar kebajikan pelajar di situ diberi perhatian dan tumpuan yang sewajarnya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Katanya, ia bertepatan dengan hasrat perdana menteri yang berazam untuk terus membangunkan Pekan, kawasan parlimennya, serta masyarakatnya dalam apa jua keadaan sepertimana ucapannya semasa Himpunan Anak-anak Pekan Bersama Perdana Menteri di PWTC pada 19 Disember lepas.

Selain itu, sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat mahasiswa yang dikenali sebagai Gerakan Mahasiswa Penggesa Air Kampus (GEMPAK) UMP.

Ia dianggotai Majlis Perwakilan Pelajar, persatuan fakulti dan perwakilan kolej kediaman serta beberapa wakil mahasiswa yang terpilih, untuk menuntut penyelesaian segera krisis air di UMP Pekan oleh pihak yang berkaitan dan bertanggungjawab.



p/s: komen-komen yang menarik


Shamsudin Abd Wahab · 
bukan air sahaja, jalan raya yang hendak ke UMP Kuala Pahang banyak berlubang lubang, ini membahaya kan pelajar yang berulang alik dari asrama di bandar Pekan ke kampus

Razman Abd Razak ·
UMNO dok kata Kelantan ada masalah air....rupanya masalah air kat Pahang sendiri pun tak reti nak selesaikan.....ptuih....

Rais Hanizam
"Menurut Fazli, masalah ganguan air itu bukanlah perkara yang baru, tetapi turut berlaku dua tiga tahun lepas di Kampus Gambang."

Ambo nie senior..2004.. masalah air kt kampus gambang..start dr ambo masuk 2004 - 2008 x settle lg..la nie sampai 2011.. alasan sama.. "tekanan rendah".. guane xdok selesai2..

Srikandi Jentayu ·
Razman Abd Razak saya rasa negeri pahang lebih lagi kritikal masalah air yang dialami.. lebih2 lagi kawasan felda disekitar maran dan temerloh. Gangguan seringkali berlaku bila waktu puncak iaitu waktu musim cuti apabila anak2 cucu pulang ke kampung... time tuhlaa air takde berhari-hari. alasan yg popular sejak bertahun-tahun yang lepas adalah "MASALAH TEKAKANAN AIR RENDAH" dulu kini dan entah sampai bila alasan tetap sama. apa usaha dan tindakan pihak berwajib sedangkan negeri PAHANG nih adalah negeri PM kita.. dan semua org tahu bahawa negeri pahangnih byk sumber air.. (siap jual air ke negeri org lagi) tp masalah air sendiri pun tak settle2)

sape nak jawab dan dipetanggunjawabkan..? PM ke? JBA ke? MB ke? JKK ke? tolonglaa jawab wahai pihak yang bertanggungjawab

No comments: