Amil Larikan RM 18 000 Wang Zakat Diburu
JOHOR BAHRU: Mengejutkan apabila seorang amil yang dilantik Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) untuk membuat kutipan zakat di sekitar bandar Kulai dekat sini, menghilangkan diri dengan membawa wang kutipan zakat berjumlah RM18,000 pada Ogos lalu.
Suspek, Redzuan Mohd Said, 28, yang beralamat terakhir di No. 5506, Jalan Matahari 34/8, Taman Indahpura, Kulai, dikehendaki polis bagi membantu siasatan berkaitan kes melarikan wang terbabit.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Johor, Superintendan Mohd Luthfi Ismail Abdullah berkata, pihaknya masih mengesan suspek selepas menerima laporan daripada MAINJ berkaitan perkara itu.
“Redzuan yang memiliki MyKad 830803-01-5859 dikehendaki bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dipenjara setahun hingga 10 tahun, denda dan sebatan.
“Suspek menghilangkan diri selepas mengutip wang zakat untuk tempoh sebulan di bandar berkenaan, keluarganya juga tidak tahu di mana lelaki itu berada,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Redzuan diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Kulaijaya, Asisten Superintendan Lydia Mastura Alias di talian 019-2216766 atau 07-6632222 sambungan 6436 atau balai polis berhampiran.
Berita Kedua:
KUALA LUMPUR 23 Dis: Perbuatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom menggunakan wang zakat, mengkhianati golongan asnaf yang sepatutnya menerima agihan wang berkenaan, kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama, Ahmad Kassim.
Beliau mengulas Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang mengesahkan wang zakat berjumlah RM63,650 digunakan Jamil dan dua lain bagi menghalang kes qazaf yang di failkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Wang zakat itu dibayar kepada firma guaman Zainul Rijal Talha dan Amir bagi mewakili Jamil, pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain, sebagai responden.
“Seleweng wang zakat ini bukti Menteri Umno dan dua yang lain menyalahgunakan kuasa mereka dan saya tegaskan firma guaman yang menerima wang zakat itu tidak termasuk dalam senarai yang sepatutnya menerima zakat,” katanya.
Lapan golongan yang layak itu hanyalah fakir, miskin, Amil (mereka yang dilantik memungut zakat), Muallaf (Seseorang yang memeluk Islam, Riqab (orang yang tidak mempunyai kebebasan), Gharimin (penghutang muslim), Fisabillillah (pejuang Islam) dan Ibnus Sabil (musafir).
Katanya lagi, Jamil yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam, sememangnya berniat menggunakan wang zakat demi kepentingan mereka dan tahu firma guaman yang dilantik itu tidak termasuk golongan yang layak menerima zakat.
Wang itu katanya, hanya dibayar semula selepas Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerima geran RM700,000 pada Jun 2010.
“Apabila Datuk Jamil guna wang zakat dan akan bayar balik seperti mana didedahkan dalam surat jawapan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) itu, maknanya mereka tahu bahawa guna wang zakat itu salah.
“Kalau sudah tahu, mengapa guna juga wang itu dan kita yakin kalau kita tidak dedah penyelewengan ini, belum tentu wang zakat itu dapat balik,” katanya dihubungi Keadilandaily.com.
kahkahkah ...
kahkahkah ...
kahkahkah ...
Amil yang larikan RM 18 000 didakwa di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dipenjara setahun hingga 10 tahun, denda dan sebatan.
Datuk Jamil Khir Bahrom menggunakan RM 63 650 wang zakat untuk membayar firma guaman walaupun sedar dia memang tidak layak menggunakan wang tersebut, tiada sebarang tindakan yang diambil.
kahkahkah ...
kahkahkah ...
kahkahkah ...
mari bersangka baik, rasa-rasanya Datuk Jamil Khir Bahrom tu papa kedana. Pendapatan kurang RM 1 sehari.
No comments:
Post a Comment