Sistem cabutan undi itu dilihat lebih telus dan adil, berbanding tawaran sebut harga ketika ini kerana dianggap lebih memihak kepada kontraktor yang memiliki hubungan baik dengan pemberi tender.
Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia, Datuk Mokhtar Samad, berkata sistem cabutan undi seperti disarankan ketika Konvensyen Transformasi Ekonomi Perak diyakini mampu mengurangkan amalan pilih kasih yang membawa kepada monopoli tender di kalangan kontraktor.
Katanya, sebahagian besar jumlah kontraktor di negara ini tergolong di dalam kelas F yang bersaing di antara satu sama lain untuk mendapat tender projek di bawah mana-mana kementerian atau agensi kerajaan.
Persaingan yang seharusnya berlaku dengan sihat dan kompetitif itu katanya, tidak akan berlaku selagi sistem sebut harga diamalkan kerana pilihan lazimnya akan dibuat ke atas kontraktor yang memiliki hubungan baik dengan pihak terbabit.
“Pemberian tender ini seharusnya dilaksanakan secara adil dan terbuka dengan memberi peluang sama rata kepada semua kontraktor terbabit. Malangnya senario masa ini dilihat lebih berpihak kepada kontraktor tertentu yang menjadi kegemaran pihak berkaitan.
“Tidaklah jika tender itu untuk projek dengan Kementerian Pertahanan, maka hanya syarikat dimiliki bekas tentera saja yang layak. Begitu juga kalau tender dengan Kementerian Pelajaran, hanya syarikat milik bekas guru saja yang dapat,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Konvesyen Kontraktor Bumiputera di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.
Sementara itu ketika ditanya mengenai perkembangan kontraktor bumiputera di Malaysia, Mokhtar berkata kelembapan ekonomi di negara yang menjadi kuasa ekonomi seperti Amerika Syarikat dan Eropah sedikit sebanyak membawa kepada pertumbuhan perniagaan yang lemah tetapi beliau tidak menolak kemungkinan untuk senario itu menjadi lebih baik pada tahun akan datang.
“Memang tidak dapat dinafikan ada sedikit kesulitan yang membelenggu kebanyakan kontraktor Bumiputera ketika ini tetapi kami yakin keadaan itu akan kembali pulih menjelang tahun depan sekali gus membolehkan kontraktor bumiputera mendapat lebih banyak peluang perniagaan berbanding sekarang,” katanya.
Mokhtar yang turut menyangkal dakwaan kerja-kerja tidak berkualiti dan kegagalan menyiapkan projek mengikut jadual oleh kontraktor Bumiputera turut berkata, keadaan itu berlaku ke atas semua kontraktor tanpa mengira bangsa.
p/s: sila baca betul-betul line nie!!!
"Pemberian tender ini seharusnya dilaksanakan secara adil dan terbuka dengan memberi peluang sama rata kepada semua kontraktor terbabit. Malangnya senario masa ini dilihat lebih berpihak kepada kontraktor tertentu yang menjadi kegemaran pihak berkaitan."
kahkahkah ...
kahkahkah ...
kahkahkah ...
agak-agaknya, syarikat yang dapat kontrak NFC tu dilaksanakan secara adil dan terbuka ke tak??
saja nak tanya, saya tak tuduh sesapa..
No comments:
Post a Comment