18 February 2012

DAP IKTIRAF KEWUJUDAN NEGARA ISRAEL - TONY PUA

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua membuat kenyataan bahawa DAP menolak kekejaman Israel yang menindas rakyat Palestin dan tidak menyokong serta mengiktiraf kewujudan negara Israel.

Kenyataan tersebut dibuat kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pembukaan rasmi cawangan pertama restoran Penang One di Petaling Jaya seperti yang dilaporkan oleh Utusan.

Beliau juga berkata DAP mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel menafikan hak rakyat Palestin dan perbuatan Amerika yang menyokong kekejaman Israel adalah satu perbuatan yang terkutuk, tak kiralah sama ada perbuatan itu benar atau salah.

"Kita menyokong sepenuhnya agar rakyat Palestin mendirikan sebuah negara yang bebas dari Israel dan diiktiraf oleh semua negara di seluruh dunia," katanya

"Kita juga berharap agar dunia mengambil pendirian untuk menyokong Palestin supaya membentuk sebuah negara bebas," tambahnya lagi.

Kenyataan terbaru Tony Pua ini dilihat bertentangan dengan pendirian Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang menyokong usaha memastikan keselamatan negara Israel.

Anwar dalam satu kenyataan di Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini, mahu keselamatan negara Israel dijamin jika hak rakyat Palestin dijaga.



*update: link rujukan 


kahkahkah ...


kahkahkah ...


kahkahkah ...



No comments: