16 February 2012

Suspek pengganas ditangkap, Perasuah dibiarkan

Tangkap warga Iran bukti Malaysia serius tangani pengganas

PUTRAJAYA 16 Feb. - Penahanan warga Iran, Masoud Sedaghat Zadeh yang dipercayai mempunyai kaitan dengan beberapa siri pengeboman di Bangkok semalam membuktikan Malaysia amat serius dan komited dalam menangani ancaman pengganas serta kegiatan subversif yang terbukti mengancam keselamatan dan ketenteraman sesebuah negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mengesahkan penahanan itu berkata, pihak berkuasa negara ini tidak akan sesekali membenarkan Malaysia dijadikan lokasi, pangkalan atau transit kepada pengganas atau individu yang dikehendaki oleh mana-mana negara.

Dalam satu kenyataan hari ini, Hishammuddin berkata, Masoud, 31, ditahan pada 3.30 petang semalam di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di bawah Akta Imigresen ketika hendak berlepas ke Iran, selepas tiba dari Thailand pada malam sebelumnya.

"Beliau ditahan kerana disyaki terlibat dalam cubaan melancarkan serangan bom di Bangkok pada 14 Februari lepas,” katanya.

Beliau berkata, maklumat risikan dari Agensi Perisikan Kebangsaan Thailand mengesyaki Masuod terlibat bersama-sama dua suspek serangan bom yang ditangkap di Bangkok. — BERNAMA

kahkahkah ...

kahkahkah ...

kahkahkah ...

"Tangkap warga Iran bukti Malaysia serius tangani pengganas"

kahkahkah ...

selagi UMNO BN berkuasa di Malaysia, korang hanya akan dengar tajuk kat atas jer, kat bawah nie sampai bila-bila akan terlepas ...

"Tangkap Kak Ijat bukti Malaysia serius tangani rasuah"

Dapat pinjaman 250 juta untuk mengembala lembu, dah dapat wang tu invest kat kondominium ...

Persoalannya, mengapa kena gunakan wang 250 juta invest kat kondominium? Mengapa tak berikan projek nie kepada penternak yang menjalankan secara kecil-kecilan? Mereka ada pengalaman, dan kemahiran.

kahkahkah ...

kahkahkah ...

kahkahkah ...



No comments: