01 November 2011

Kesian kt ahli UMNO yang Setia!

Ahli UMNO dan Barisan yang setia bakal mengigit jari. Berpuluh tahun setia bersama BN tapi yang dilantik jadi senator hanyalah orang yang jadi tukang ampu dan tukang bodek. Baru masuk tak lebih dari 5 tahun dapat dah jadi senator.

Kita tengok sahaja ezam noor. Keluar je dari PKR, maki hamun sikit Anwar dan PKR, dapat dah jadi senator. Tak lebih dari satu penggal masuk UMNO semula. Caranya mudah sahaja. Jilat ludah dia balik. Dulu bukan main kuat maki hamun dan caci maki UMBARNAS. sekarang hanya ampu dan bodek sahaja UMBARNAS.

Hari ini, Nallakarupan jadi senator. Kesian lah sikit kat si papa gomo yang lama berjuang (cara lucah) dalam umno. Bila lagi papa gomo nak jadi Senator? Parpukari dan Tun Faizal? Kesian lah kat mereka wei.

Ini semua kerana kriteria nak jadi senator mudah je. Hanya masuk PKR dan kemudian keluar PKR. Pastu mengaku jadi kawan baik dan orang yang setia bersama Anwar. Kemudia hentam Anwar. Maka anda akan jadi senator. Dulu PRK Ijok, Nallakarupan ni hentam BN. siap joget atas pentas kempen utk khalid ibrahim. Hari ni dia hentam Anwar dan PKR.

Apapun, tahniah kepada Nalla dan Ezam. Puak UMNO yang lama setia, yang dok jilat Najib dan Muhyiddin banyak-banyak, semoga menggigit jari lah ye.

No comments: