01 November 2011

Pistol Emas Lambang Kekuasaan Gaddafi

Antara pemimpin negara Arab yang lama memerintah

Siapa tak kenal Muammar Gaddafi, seorang diktator yang telah memerintah Libya lebih dari 4 dekad. Kelantangannya menentang dasar barat telah menjadikan namanya digeruni oleh negara-negara yang berpaksikan Amerika Syarikat. Setelah berpuluh-puluh tahun memerintah, Gaddafi akhirnya berjaya digulingkan oleh rakyatnya sendiri dalam siri pemberontakan bersenjata di Tripoli.

Sangat digeruni oleh pemimpin barat


Seperti tajuk di atas, kita semua mengetahui bahawa suatu ketika dahulu emas telah menjadi lambang kekuatan sesebuah kuasa pemerintah disesebuah negara. Apa yang menakjubkan ialah Gaddafi memiliki sepucuk pistol yang diperbuat daripada emas dan telah menjadi lambang kekuasaannya sepanjang 42 tahun tersebut. Ini bermakna emas masih lagi dianggap bernilai tinggi dan bukan sahaja menjadi lambang kekayaan, bahkan masih ada lagi beberapa pemimpin diktator di dunia kini menjadikan emas sebagai lambang penguasaan mereka.

Pistol emas milik Gaddafi
Pistol emas milik Gaddafi yang berjaya dirampas oleh kumpulan
pemberontak


Konklusinya, simpan lah emas banyak-banyak. Mana tau kot2 kita plak boleh berkuasa. Hehehe... 

Source: Goldillionare