07 November 2012

Nurul Izzah - Antara Penipuan Atau Kebenaran


 Seperti yang dijangkakan, Utusan dan Berita Harian akan menggunakan peluang yang sepenuhnya untuk memutarbelitkan fakta. Dengan pengalaman bertahun-tahun menjadi anjing Kerajaan Barisan Nasional, semangat kewartawanan kian luput ditelan wang. Mari kita bandingkan apa yang dilaporkan antara Utusan, Berita Harian dan Harakah.

Sunber: Utusan

KOTA BHARU 6 Nov. - Dewan Pemuda Pas hari ini ‘menempelak’ Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataan kontroversinya mengenai isu kebebasan beragama di negara ini yang didakwa Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sepatutnya diguna pakai secara sama rata termasuk kepada orang Melayu.
Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abdul Abduh Nik Abdul Aziz (gambar) berkata, ungkapan ‘tiada paksaan dalam agama’ daripada ayat 256 surah al-Baqarah adalah merujuk kepada hak bukan Islam untuk kekal dalam agama mereka sebebas-bebasnya dan ia sama sekali tidak melibatkan umat Islam.
Beliau berkata, sesuatu yang amat pelik dan tidak logik apabila mengatakan seorang yang lahir daripada ibu bapa yang beragama Islam, dianggap satu paksaan ke atasnya untuk memeluk Islam.
“Seseorang yang dilahirkan sebagai seorang muslim merupakan satu anugerah Allah untuk dirinya. Ia tidak akan begitu bersusah payah mengenal Tuhannya sebagaimana bukan muslim.
Sumber: Berita Harian
Tindakan Naib Presiden PKR boleh pesong fahaman umat Islam
Shah Alam: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa terkejut dan kesal dengan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bahawa masyarakat Melayu tidak perlu dipaksa untuk menerima sebarang agama.
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Azib Mohd Isa, berkata baginda menolak sama sekali sebarang pandangan daripada mana-mana pihak bahawa orang Melayu beragama Islam mempunyai kebebasan untuk memilih agama lain dan keluar agama Islam. 
“Islam adalah salah satu syarat yang menentukan status sebagai seorang Melayu seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan. 
Amat bahaya
“Oleh itu, pemikiran liberalisme dan pluralisme ini amat bahaya kerana akan menghakis hak kedudukan dan keistimewaan orang Melayu yang sedia termaktub dalam Perlembagaan dan undang-undang negara,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Sumber: Harakah
KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nik Abdul Abduh Nik Abdul Aziz (gambar) menempelak akhbar Umno, Utusan Malaysia yang didakwa membuat laporan tidak benar berhubung kenyataannya.
Kenyataan itu katanya berhubung komentarnya dalam isu 'kebebasan beragama' yang dikaitkan dengan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.
Utusan melaporkan kononnya beliau telah menempelak Nurul Izzah dalam komentar tersebut.
"Utusan online melaporkan saya menempelak YB (Nurul Izzah). Sebenarnya tidak.
"Saya telah sebut dalam tweet saya semalam bahawa kita harus terima penjelasan beliau yang menafikan tafsiran media terhadap ucapannya," katanya dalam Facebook hari ini.
Menurut Nik Abduh, memang ucapan ringkas Nurul kelihatan mengelirukan, tetapi tafsirannya kemudian itu adalah penyelesaian dan jawaban.
"Ia tak macam orang kecam hukum hudud kaw kaw. Bila dikecam balik, dia kata, saya kecam hudud PAS, Itu tetap kecam hudud," tempelaknya.
Semalam juga, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak bercadang untuk mengulas kenyataan Nurul Izzah kerana ia dimainkan oleh akhbar Utusan Malaysia.
Katanya, ini kerana akhbar itu sudah berkali kali kalah di mahkamah kerana menyiarkan laporan palsu dan tidak tepat.
kahkahkah ...

kahkahkah ...

kahkahkah ...

Sekarang terpulang kat korang semua nak pilih sumber mana yang boleh dipercayai..

Nak percayakan sumber yang asyik kalah kes saman di Mahkamah boleh. Tak salah..

Nak percayakan sumber yang berpihakkan pembangkang pun boleh. Tak salah..

Bagi aku, aku lebih percayakan sumber berpihakkan pembangkang..

Kenapa? Takkan aku nak percaya media yang asyik kalah kena saman. Media yang terkenal dengan pemutarbelitan fakta..

Bukan ke lebih baik tengok sendiri video ucapan Nurul Izzah? Lagi berfaedah daripada mempercayai berita Utusan yang gila fakta salah..

kahkahkah ...

kahkahkah ...

kahkahkah ...

Kita tunggu dan lihat je la ..

Nurul Izzah sudah memulakan usaha untuk memulihkan kembali imejnya yang tercemar dengan memulakan proses menyaman penyebar-penyebar fitnah tegar UMNO Barisan Nasional..

malu weii, nama je Melayu yang terkenal dengan adab sopan, beragama Islam pulak tu..

Ehhh, lupa.. Bukankah kisah-kisah pemimpin terdahulu terkenal dengan perangai buruk mereka..

Daripada kisah Singapura Dilanggar Todak, sehinggalah kisah Mahsuri..

Pemimpin terdahulu memang terkenal dengan sikap menindas golongan bawahan..

Nasib baik sekarang Melayu Totok dah banyak pupus.. Kalau tak, sampai bila-bila budaya "bersyukur" akan berterusan...

kahkahkah ......

sedutan daripada Google


First Lady Disiasat Atas Tuduhan Rasuah

Sumber: Utusan
SEOUL 5 Nov. - Isteri Presiden Korea Selatan, Kim Yoon-ok akan disoal siasat berhubung perjanjian persaraan perumahan Presiden yang turut membabitkan adik kepada Presiden Lee Myung-bak dan anak lelakinya.
Siasatan melibatkan Wanita Pertama Korea Selatan itu dilakukan ketika keadaan semakin sensitif menjelangnya Pilihan Raya Presiden pada 19 Disember ini.
“Kami mengambil keputusan untuk menyiasat Yoon-ok,’’ kata penolong peguam khas, Lee Chang-hoon.
Siasatan itu menumpukan kepada penyelewengan terhadap pembelian sebidang tanah bernilai 600 juta won (RM1.8 juta) di selatan negara ini, yang akan digunakan untuk membina rumah Myung-bak apabila bersara Januari depan.
Tanah itu merupakan pembelian bersama anak lelaki Presiden iaitu Lee Si-hyung dan perkhidmatan keselamatan Presiden yang memerlukan tapak untuk membina kediaman bagi pegawai-pegawainya.
Bagaimanapun, kos pembelian itu tidak ditanggung secara sama rata kerana perkhidmatan keselamatan terpaksa membayar kos yang tinggi berbanding Si-hyung yang mendapat harga yang lebih rendah.

kahkahkah ...

kahkahkah ...

kahkahkah ...

Isteri Presiden Korea Selatan disoal siasat ...

Bukan Bekas Isteri Presiden Korea Selatan ...

Bukan bakal Isteri Presiden Korea Selatan ...

Bukan Isteri Bekas Presiden Korea Selatan ...

Peliknya, dah la Korea Selatan tu negara kafir makan babi minum arak ...

Kenapa peguam berani siasat First Lady Korea Selatan?

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Cuba fikirkan apa yang sedang berlaku di Malaysia ...

Ada SPRM berani menyiasat misteri cincin First Lady of Malaysia yang bernilai RM 24 juta?

Ada SPRM berani menyoal siasat bagaimana rahsia First Lady of Malaysia dapat menyimpan duit daripada kecil semata-mata untuk membeli sebentuk cincin pada awal tahun 2012?

Itu baru First Lady of Malaysia, belum lagi Prime Minister of Malaysia.

Apa khabar PKFZ? Apa khabar Khir Toyo? Apa khabar NFC? Apa khabar Email 1Malaysia? Apa khabar Scorpene? Apa khabar 40 juta UMNO Sabah? Apa khabar .. Apa khabar .. Apa khabar ..

Semua jawab khabar baik. Tak kantoi lagi. Nasihat yang diberi, kalau nak perlindungan lagi, jadi kroni taraf tinggi, peluang nak lijat semakin tinggi.

Malaysia Oh Malaysia.

Bila rakyat bersuara inginkan kehidupan yang lebih selesa, syaitan-syaitan kecil akan mulai bersuara, mengecam sikap tamak haloba rakyat yang sekian lama hidup dalam tekanan.

Bila sikap berfoya-foya pemimpin terdedah kepada umum, syaitan-syaitan kecil ini jugalah yang akan mem"back-up" pemimpin kononnya semua itu hasil usaha sendiri, bukannya diperolehi daripada jalan yang mudah.

Apalah gunanya pemimpin-pemimpin sebegini rupa diangkat sebagai peneraju, tetapi dalam masa yang sama tidak berjaya membawa orang yang berada di bawah pimpinannya keluar daripada kancah tekanan hidup?

kahkahkah ...

kahkahkah ...

kahkahkah ...

Ini gambar special untuk para syaitan kecil yang sekian lama berusaha menjilat-jilat.

Terimalah dengan hati yang terbuka.



06 November 2012

Melayu Golongan Minoriti Di Malaysia

Sumber: Utusan

"Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, Perkara 160 Perlembagaan mentakrifkan orang Melayu sebagai seseorang yang menganuti agama Islam."
Apa yang korang faham tentang agama Islam? Cukupkah dengan hanya mengetahui bagaimana untuk mengucap dua kalimah syahadah melayakkan anda bergelar seorang muslim?


Islam (Bahasa Arabالإسلام; al-'islām ; disebut: [ɪs.ˈlaːm]) (aslama = أسلم, yuslimu = يسلم, islaman = اسلاما) ialahagama samawi yang terkandung dalam al-Quran, yang dianggap penganutnya sebagai kalam Allah (Bahasa Arabالله‎, Allāh), kata demi kata, serta ajaran dan contoh normatif nabi terakhir Nabi Muhammad s.a.w., seorang tokoh politik dan keagamaan Arab abad ke-7. Perkataan Islam bermaksud "penyerahan", atau penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.[1] Seorang penganut Islam dikenali sebagaiMuslim, bermaksud "seorang yang tunduk [kepada Allah]".[2][3]Muslim percaya bahawa Allah itu Esa dan tujuan hidup ialah untuk menyembah Tuhan.[4] Muslim juga percaya bahawa Islam merupakan versi lengkap dan sejagat kepercayaan monoteistik ajaran Nabi Ibrahim a.s.Nabi Musa a.s.Nabi Isa a.s., dan lain-lain nabi. Nabi Muhammad s.a.w. bukanlah pengasas agama baru, sebaliknya menjadi pemulih keimanan monoteistik ajaran nabi-nabi terdahulu. - Wikipedia
Cuba korang pandang di sekeliling korang? Berapa ramai yang mengamalkan ajaran Islam yang sebenar? Berapa ramai yang tidak mengamalkan ajaran Islam yang sebenar? Sudah tentu peratusan orang yang tidak mengamalkan ajaran Islam yang sebenar jauh lebih ramai berbanding yang mengamalkan ajaran Islam yang sebenar. Layakkah seseorang itu digelar seorang yang beragama Islam sedangkan dia secara jelas menolak sebahagian asas kepada agama mereka tersebut dan patuh kepada asas yang lain? Bukankah ini merupakan salah satu bentuk penghinaan kepada agama? Dan kesannya, semakin ramai orang akan menjadikan agama itu seperti kain lap buruk, digunakan hanya bila perlu, dicampakkan bila sudah digunakan.

Soalan bonus: dalam Islam, mereka yang mengaku kekal dalam Islam tetapi melakukan perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, digelar ???

Satu lagi perkara yang ingin diketengahkan,

"Sebagai sebuah negara bukan sekular dan Perlembagaan negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, adalah menjadi tugas kerajaan dan pihak berkuasa berkenaan agama menjaga akidah umat Melayu Islam daripada terpesong atau dipengaruhi oleh agama lain," katanya dalam kenyataan di sini hari ini."

Saya tidak lihat terdapat usaha yang dilakukan oleh kerajaan dan pihak berkuasa untuk menjaga akidah umat Islam di Malaysia. Buktinya cukup jelas, cuba perhatikan orang Islam yang berada di sekeliling anda. Berapa orang yang betul-betul layak bergelar Muslim? Berapa ramai yang boleh dikategorikan di dalam kumpulan Bukan Islam?

Kalaulah benar kononnya ada usaha daripada pihak berkuasa untuk menjaga akidah umat Islam, mana dia penguatkuasaan undang-undang Islam? Mana dia penguatkuasaan etika berpakaian yang dianjurkan oleh Islam? Mana dia penguatkuasaan etika pergaulan dalam Islam? Mana dia penguatkuasaan untuk memastikan setiap umat Islam sekurang-kurangnya memenuhi 4 daripada 5 rukun Islam?


Parti Melayu terbesar dan terkuat?

Ketua Bahagian Umno Bahagian Penampang Yang Beragama Kristian, Datuk John Ambrose merupakan satu-satunya Ketua UMNO Bahagian yang beragama Kristian.Untuk menjadi pemimpin Umno seseorang itu tidak semestinya melayu Islam,memadai jika mereka memegang status bumiputera.
Mungkinkah suatu hari nanti Umno akan dipimpin oleh bukan islam ? Segalanya adalah kemungkinan. Bagaimana pula dengan slogan HIDUP MELAYU ? Nampaknya slogan ini sudah tidak relevan lagi buat Umno.
ISeseorang itu dikatakan Melayu apabila lahir sebelum kemerdekaan di Persekutuan atau di Singapura; atau ibu atau bapanya lahir di Persekutuan atau di Singapura; atau pada hari merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura.
Menurut perlembagaan mereka yang tidak menganut agama Islam tidak boleh ditakrifkan sebagai Melayu. Bagaimana Umno mahu terus melaungkan slogan HIDUP MELAYU sedangkan dalam masa yang sama kaum bukan Melayu boleh menyertai dan memimpin parti itu.Lihat seterusnya..
kahkahkah ...

kahkahkah ...

kahkahkah ...

Kesimpulan: Populasi orang "Melayu" di Malaysia dah semakin berkurangan. Di sesetengah negeri, kewujudan orang "Melayu" ini boleh dianggap sudah pupus. Baru saya faham mengapa usaha-usaha kerajaan dalam memartabatkan kedudukan orang "Melayu" gagal.

p/s: Terlalu ramai orang Melayu yang boleh dikategorikan sebagai MURTAD. Disebabkan Perkara 160 Perlembagaan mentakrifkan orang Melayu sebagai seseorang yang menganuti agama Islam, populasi orang "Melayu" dah jatuh merundum, lebih parah berbanding saham FELDA. Kalaulah diikutkan dengan slogan "Menjaga Melayu", Pakatan Rakyatlah adalah kumpulan yang lebih layak kerana usaha memartabatkan Islam jauh lebih rancak berbanding dengan Barisan Nasional yang secara terang-terangan menolak Islam itu sendiri.


1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan?

Sumber: Berita Harian Online
kahkahkah ...

kahkahkah ...

kahkahkah ...

Peratusan terbesar penjawat awam yang dah mencapai tangga maksimum rasa-rasanya golongan atasan atau golongan bawahan ??

Yang Teramat Mulia lagi Diberkati Perdana Menteri Malaysia, Pok Jibby Altantuya contohnya,

Gaji bulanan dah mencecah puluhan ribuan ringgit, belum campur "SIDE INCOME"..

Kereta free, air free, api free, maintenance free, boleh katakan semua free..

Rakyat bawahan yang hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang..

Gaji seribu lebih sebulan, bayar hutang sana sini, belum kira bil yang menggunung, nak membesarkan anak lagi, maintenance kenderaan rumah, belum tambah cukai sana sini..

kahkahkah ...

kahkahkah ...

kahkahkah ...

Payah sangat ke nak penuhi permintaan golongan bawahan yang nakkan kehidupan yang lebih selesa..

Kami tak minta lebih pun, tak perlu hidup semewah Pok Jibby Altantuya..

Cukup sekadar pendapatan selari dengan perbelanjaan.. Cukup dapat hidup dengan selesa tanpa perlu berfikir diri akan dihalau bila-bila masa sebab bukan berlindung di bawah tapak rumah kepunyaan sendiri..

Ada tak kami minta padang golf untuk rakyat miskin? Ada tak kami minta layanan kelas pertama untuk rakyat miskin?

Takde. yang kami minta hanyalah kurangkan beban perbelanjaan rakyat, kawal kawal harga barang keperluan..

kahkahkah ...

kahkahkah ...

kahkahkah ...

tolonglahplease, sekarang dah banyak Melayu Totok murtad..

Murtad dan menjadi Melayu Moden..

Melayu Totok kata, biarlah kita menderita, jangan pemimpin merana..

Melayu Moden kata, biarlah pemimpin menderita, jangan kita merana..

Utusan - Putar Tak Putar

tajuk dan berita yang ingin disampaikan saling berbeza

kahkahkah...

kahkahkah...

kahkahkah...

Aku tak tau bala apa yang datang menimpa Utusan hari ni..

Baca tajuk berita, punyalah gempak,
"Kontraktor bumiputera terima RM8.83 bilion projek MRT"
Rupa-rupanya isi berita kosong takde kaitan pun dengan tajuk..

Aku baru nak baca macam mana Utusan dapat idea baru nak modify berita..

Cisss, aku tertipu..

Dah tau Utusan tu kaki belit, kaki tipu, masih gak nak baca..

kahkahkah...

Kepada kontraktor bumiputera kat luar sana..

Kalau tak dapat kontrak RM 8.83 bilion,

Dapat RM 8.83 pun jadilah..

Sebab rakyat Malaysia adalah golongan yang sentiasa bersyukurrrr..

Bukankah adat kita mengatakan,

Biar kita papa kedana, Jangan Pemimpin dan Kroni hidup menderita

kahkahkah...

kahkahkah...

kahkahkah...

Hidop Melayu!



01 November 2012

Melayu Zionis Di Malaysia


TOLAK ROYALTI 20% SABAH DEMI KONGSI KEMAKMURAN – mkini

Pemimpin Umno Sabah Datuk Seri Shafie Apdal berkata, tawaran royalti minyak 20 peratus kepada negeri itu yang dibuat pembangkang tidak dapat diterima walaupun menarik, demi perkongsian kemakmuran negara.

"Saya datang dari Sabah, rakyat Malaysia. Siapa yang tak mahu (royalti 20 peratus) tetapi kita sedar, (dan) tahu perkongsian mesti ada," katanya yang juga naib presiden Umno.

Pakatan Rakyat menawarkan bayaran royalti minyak 20 peratus kepada pengundi Sabah semenjak pilihan raya umum 2008.

"Hendak dapatkan undi pun janganlah pecah-belahkan rakyat," katanya pada majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Risda dan Jabatan Kemajuan Orang Asli di Kuala Lumpur hari ini.

Pakatan Rakyat menawarkan bayaran royalti minyak 20 peratus kepada pengundi Sabah semenjak pilihan raya umum 2008.


Anwar sendiri berulang kali mengulangi janji untuk meningkatkan bayaran royalti itu yang didakwa tidak adil kepada Sabah.


Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman sebelum ini dilapor menyifatkan janji itu tidak logik.
Dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia, Musa dilaporkan berkata wang hasil minyak Sabah disalurkan semula ke negeri itu melalui perbelanjaan oleh kerajaan persekutuan.



kahkahkah...
kahkahkah...
kahkahkah...

Dah lah Sabah negeri termiskin kat Malaysia, sumber pendapatan yang ada hanya mampu puaskan nafsu serakah Musa Aman.. 

Pakatan Rakyat cadangkan kaedah untuk menambah sumber pendapatan untuk tujuan pembangunan, ditolak.. DEMI KEMAKMURAN BERSAMA KUNUNNYA..

Sekarang dah banyak Melayu Totok Murtad.. Jadi Melayu Moden..

Melayu Totok kata, biarlah hidup dalam lembah kemiskinan, yang penting pemerintah hidup mewah di Istana..

Melayu Moden kata .... Kalau kau tak mampu nak tadbir dengan bijak, tak mampu nak memberikan kehidupan yang selesa kepada rakyat, tak mampu nak berkorban demi rakyat, bukannya kroni dan Big Players, suara rakyat daripada Pilihan Raya yang ADIL akan kata...

"...GET THE FUCK OUT..."

tolonglahplease... kalau ye pun kononnya nak berkongsi kemakmuran negara, apa kata ko try tinggal dalam rumah rakyat yang berpendapatan RM 1000 sebulan.. makmur tak kehidupan diorang?? atau hidup dalam tekanan??

Apa gunanya hidup bebas di negara sendiri kalau suasana kehidupan lagi teruk dari zaman penjajah.. bangsa sendiri yang perintah, darah saudara mengalir dalam diri, takkan saudara sendiri tak dapat tolong?? nak tolong untuk hidup dengan lebih selesa pun susah??

p/s: Kepada Melayu Totok yang Bodoh lagi Sombong...

kalaulah aku yang nakkan kehidupan yang lebih baik dinafikan, 

ko memang tak ubah macam Rejim ZIonis..

rakyat Palestin nak hidup selesa ditindas, dinafikan hak di bumi sendiri..

pendatang Yahudi yang buka penempatan secara haram, dilayan dengan layanan istimewa, siap dengan perlindungan ketenteraan lagi..

ko pun macam tu gak.. MELAYU ZIONIS..

rakyat yang duduk di tanah ni dah lama hidup dalam kesengsaraan, pemimpin pun dah lama hidup dalam kemewahan..

para kroni yang entah sanggup ke tak nak pertahankan negara ataupun nak pertahankan harta masing-masing, diberi layanan istimewa, bantuan pelbagai disalurkan agar tidak jatuh bankrupt, projek juta-juta diberikan... asalkan mampu bersekongkol dalam meratah kekayaan negara..

Golongan bawahan yang menjadi teras utama memacu pertumbuhan negara dapat apa?

19 February 2012

Ivory Properties Group Sangkal Dakwaan Fitnah


KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) - Ivory Properties Group Bhd (IPGB) hari ini muncul untuk menyanggah dakwaan bahawa ia telah membeli hartanah utama milik kerajaan di Pulau Pinang, Bayan Mutiara di bawah kadar pasaran dan tanpa tender terbuka.

Firma pembangunan hartanah yang tersenarai di bursa saham awam itu menyatakan dalam satu kenyataan di sini bahawa ia telah membeli tanah tersebut apabila muncul penawar yang tertinggi dalam tender terbuka dan berdaya saing yang dipanggil oleh kerajaan Pulau Pinang, yang ditutup pada 31 Disember, 2010.

Apabila memenangi bidaan tersebut, sekeping 41.5ha harta telah dibeli dengan RM240 setiap kaki persegi (skp) atau sebanyak RM1.072 bilion, kata IPGB.

Kumpulan itu menambah bahawa dalam usaha asalnya, ia telah berusaha untuk membeli tanah tersebut pada kadar RM240 yang sama tetapi akan dibayar selama lebih lapan tahun.

"Dalam menganugerahkan tender ke IPGB sebagai pembida tertinggi pada tahun 2011, kerajaan negeri telah mengenakan satu syarat tambahan mengurangkan tempoh pembayaran daripada asal lapan tahun kepada lima tahun.

"Ini telah disepakati oleh IPGB dan semua pengumuman yang perlu telah dikemukakan kepada Bursa Malaysia," katanya dalam kenyataan itu.

Menurut pengerusi IPGB dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Low Eng Hock, kumpulan itu sehingga kini telah membayar deposit sebanyak RM22.1 juta untuk tanah itu.

"Selebihnya akan dibayar mengikut bayaran kemajuan yang dijadualkan selepas kelulusan pemegang saham IPGB pada mesyuarat agung luar biasa, yang dijadualkan pada 5 Mac 2012," katanya.

Kenyataan IPGB hari ini muncul di tengah-tengah tuduhan oleh beberapa pemimpin Umno, termasuk Ahli Parlimen Kota Belud, Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahalan dan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman, bahawa kerajaan Pulau Pinang telah menjual hartanah utama dengan diskaun 50 peratus kepada pemaju swasta.

Menurut dakwaan mereka, plot 41.5ha berkenaan sebenarnya bernilai RM420 setiap kaki persegi, jauh melebihi RM240 sekaki persegi, sebagaimana yang telah dijual .

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, bagaimanapun, berkali-kali menafikan ini, dan sebaliknya mencabar dua pemimpin Umno itu untuk mengemukakan bukti dakwaan mereka.

rujukan: link

kahkahkah ...

kahkahkah ...

kahkahkah ...

sila rujuk berita sebelum ini kat SINI ...

"Tuduhan UMNO bahawa penjualan tidak dilakukan secara tender terbuka, saya bersedia untuk berundur daripada area politik sekiranya UMNO dapat membuktikan sedemikian". 

Fakta adalah fakta di mana ia tidak boleh diubah dengan pembohongan. Tender terbuka tanah Bayan Mutiara telah diiklankan di dalam akhbar pada tahun 2010. 

Jika Zainal Abidin Osman dan Abdul Rahman gagal membuktikan bahawa tiada tender terbuka dijalankan, adakah mereka berani menerima cabaran saya untuk berundur dari arena politik?

kahkahkah ...

kahkahkah ...

kahkahkah ...

BILA ZAINAL ABIDIN OSMAN DAN ABDUL RAHMAN NIE NAK LETAK JAWATAN ???