Sumber: Utusan |
"Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, Perkara 160 Perlembagaan mentakrifkan orang Melayu sebagai seseorang yang menganuti agama Islam."Apa yang korang faham tentang agama Islam? Cukupkah dengan hanya mengetahui bagaimana untuk mengucap dua kalimah syahadah melayakkan anda bergelar seorang muslim?
Islam (Bahasa Arab: الإسلام; al-'islām ; disebut: [ɪs.ˈlaːm]) (aslama = أسلم, yuslimu = يسلم, islaman = اسلاما) ialahagama samawi yang terkandung dalam al-Quran, yang dianggap penganutnya sebagai kalam Allah (Bahasa Arab: الله, Allāh), kata demi kata, serta ajaran dan contoh normatif nabi terakhir Nabi Muhammad s.a.w., seorang tokoh politik dan keagamaan Arab abad ke-7. Perkataan Islam bermaksud "penyerahan", atau penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.[1] Seorang penganut Islam dikenali sebagaiMuslim, bermaksud "seorang yang tunduk [kepada Allah]".[2][3]Muslim percaya bahawa Allah itu Esa dan tujuan hidup ialah untuk menyembah Tuhan.[4] Muslim juga percaya bahawa Islam merupakan versi lengkap dan sejagat kepercayaan monoteistik ajaran Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s., dan lain-lain nabi. Nabi Muhammad s.a.w. bukanlah pengasas agama baru, sebaliknya menjadi pemulih keimanan monoteistik ajaran nabi-nabi terdahulu. - WikipediaCuba korang pandang di sekeliling korang? Berapa ramai yang mengamalkan ajaran Islam yang sebenar? Berapa ramai yang tidak mengamalkan ajaran Islam yang sebenar? Sudah tentu peratusan orang yang tidak mengamalkan ajaran Islam yang sebenar jauh lebih ramai berbanding yang mengamalkan ajaran Islam yang sebenar. Layakkah seseorang itu digelar seorang yang beragama Islam sedangkan dia secara jelas menolak sebahagian asas kepada agama mereka tersebut dan patuh kepada asas yang lain? Bukankah ini merupakan salah satu bentuk penghinaan kepada agama? Dan kesannya, semakin ramai orang akan menjadikan agama itu seperti kain lap buruk, digunakan hanya bila perlu, dicampakkan bila sudah digunakan.
Soalan bonus: dalam Islam, mereka yang mengaku kekal dalam Islam tetapi melakukan perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, digelar ???
Satu lagi perkara yang ingin diketengahkan,
"Sebagai sebuah negara bukan sekular dan Perlembagaan negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, adalah menjadi tugas kerajaan dan pihak berkuasa berkenaan agama menjaga akidah umat Melayu Islam daripada terpesong atau dipengaruhi oleh agama lain," katanya dalam kenyataan di sini hari ini."
Saya tidak lihat terdapat usaha yang dilakukan oleh kerajaan dan pihak berkuasa untuk menjaga akidah umat Islam di Malaysia. Buktinya cukup jelas, cuba perhatikan orang Islam yang berada di sekeliling anda. Berapa orang yang betul-betul layak bergelar Muslim? Berapa ramai yang boleh dikategorikan di dalam kumpulan Bukan Islam?
Kalaulah benar kononnya ada usaha daripada pihak berkuasa untuk menjaga akidah umat Islam, mana dia penguatkuasaan undang-undang Islam? Mana dia penguatkuasaan etika berpakaian yang dianjurkan oleh Islam? Mana dia penguatkuasaan etika pergaulan dalam Islam? Mana dia penguatkuasaan untuk memastikan setiap umat Islam sekurang-kurangnya memenuhi 4 daripada 5 rukun Islam?
Parti Melayu terbesar dan terkuat?
kahkahkah ...Ketua Bahagian Umno Bahagian Penampang Yang Beragama Kristian, Datuk John Ambrose merupakan satu-satunya Ketua UMNO Bahagian yang beragama Kristian.Untuk menjadi pemimpin Umno seseorang itu tidak semestinya melayu Islam,memadai jika mereka memegang status bumiputera.Mungkinkah suatu hari nanti Umno akan dipimpin oleh bukan islam ? Segalanya adalah kemungkinan. Bagaimana pula dengan slogan HIDUP MELAYU ? Nampaknya slogan ini sudah tidak relevan lagi buat Umno.ISeseorang itu dikatakan Melayu apabila lahir sebelum kemerdekaan di Persekutuan atau di Singapura; atau ibu atau bapanya lahir di Persekutuan atau di Singapura; atau pada hari merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura.Menurut perlembagaan mereka yang tidak menganut agama Islam tidak boleh ditakrifkan sebagai Melayu. Bagaimana Umno mahu terus melaungkan slogan HIDUP MELAYU sedangkan dalam masa yang sama kaum bukan Melayu boleh menyertai dan memimpin parti itu.Lihat seterusnya..
kahkahkah ...
kahkahkah ...
Kesimpulan: Populasi orang "Melayu" di Malaysia dah semakin berkurangan. Di sesetengah negeri, kewujudan orang "Melayu" ini boleh dianggap sudah pupus. Baru saya faham mengapa usaha-usaha kerajaan dalam memartabatkan kedudukan orang "Melayu" gagal.
p/s: Terlalu ramai orang Melayu yang boleh dikategorikan sebagai MURTAD. Disebabkan Perkara 160 Perlembagaan mentakrifkan orang Melayu sebagai seseorang yang menganuti agama Islam, populasi orang "Melayu" dah jatuh merundum, lebih parah berbanding saham FELDA. Kalaulah diikutkan dengan slogan "Menjaga Melayu", Pakatan Rakyatlah adalah kumpulan yang lebih layak kerana usaha memartabatkan Islam jauh lebih rancak berbanding dengan Barisan Nasional yang secara terang-terangan menolak Islam itu sendiri.
No comments:
Post a Comment