07 November 2012

First Lady Disiasat Atas Tuduhan Rasuah

Sumber: Utusan
SEOUL 5 Nov. - Isteri Presiden Korea Selatan, Kim Yoon-ok akan disoal siasat berhubung perjanjian persaraan perumahan Presiden yang turut membabitkan adik kepada Presiden Lee Myung-bak dan anak lelakinya.
Siasatan melibatkan Wanita Pertama Korea Selatan itu dilakukan ketika keadaan semakin sensitif menjelangnya Pilihan Raya Presiden pada 19 Disember ini.
“Kami mengambil keputusan untuk menyiasat Yoon-ok,’’ kata penolong peguam khas, Lee Chang-hoon.
Siasatan itu menumpukan kepada penyelewengan terhadap pembelian sebidang tanah bernilai 600 juta won (RM1.8 juta) di selatan negara ini, yang akan digunakan untuk membina rumah Myung-bak apabila bersara Januari depan.
Tanah itu merupakan pembelian bersama anak lelaki Presiden iaitu Lee Si-hyung dan perkhidmatan keselamatan Presiden yang memerlukan tapak untuk membina kediaman bagi pegawai-pegawainya.
Bagaimanapun, kos pembelian itu tidak ditanggung secara sama rata kerana perkhidmatan keselamatan terpaksa membayar kos yang tinggi berbanding Si-hyung yang mendapat harga yang lebih rendah.

kahkahkah ...

kahkahkah ...

kahkahkah ...

Isteri Presiden Korea Selatan disoal siasat ...

Bukan Bekas Isteri Presiden Korea Selatan ...

Bukan bakal Isteri Presiden Korea Selatan ...

Bukan Isteri Bekas Presiden Korea Selatan ...

Peliknya, dah la Korea Selatan tu negara kafir makan babi minum arak ...

Kenapa peguam berani siasat First Lady Korea Selatan?

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Cuba fikirkan apa yang sedang berlaku di Malaysia ...

Ada SPRM berani menyiasat misteri cincin First Lady of Malaysia yang bernilai RM 24 juta?

Ada SPRM berani menyoal siasat bagaimana rahsia First Lady of Malaysia dapat menyimpan duit daripada kecil semata-mata untuk membeli sebentuk cincin pada awal tahun 2012?

Itu baru First Lady of Malaysia, belum lagi Prime Minister of Malaysia.

Apa khabar PKFZ? Apa khabar Khir Toyo? Apa khabar NFC? Apa khabar Email 1Malaysia? Apa khabar Scorpene? Apa khabar 40 juta UMNO Sabah? Apa khabar .. Apa khabar .. Apa khabar ..

Semua jawab khabar baik. Tak kantoi lagi. Nasihat yang diberi, kalau nak perlindungan lagi, jadi kroni taraf tinggi, peluang nak lijat semakin tinggi.

Malaysia Oh Malaysia.

Bila rakyat bersuara inginkan kehidupan yang lebih selesa, syaitan-syaitan kecil akan mulai bersuara, mengecam sikap tamak haloba rakyat yang sekian lama hidup dalam tekanan.

Bila sikap berfoya-foya pemimpin terdedah kepada umum, syaitan-syaitan kecil ini jugalah yang akan mem"back-up" pemimpin kononnya semua itu hasil usaha sendiri, bukannya diperolehi daripada jalan yang mudah.

Apalah gunanya pemimpin-pemimpin sebegini rupa diangkat sebagai peneraju, tetapi dalam masa yang sama tidak berjaya membawa orang yang berada di bawah pimpinannya keluar daripada kancah tekanan hidup?

kahkahkah ...

kahkahkah ...

kahkahkah ...

Ini gambar special untuk para syaitan kecil yang sekian lama berusaha menjilat-jilat.

Terimalah dengan hati yang terbuka.



No comments: